kawan baikku bercerita..

| Monday, January 10, 2011 | |
tips 1:faham apa maksud dan tujuan hidup kita
Bila sebut kawan baik aku teringat kisah ada seorang pekerja masa aku jadi supervisor di sebuah kilang di KL..ada seorang perempuan, dia ni asal dari medan indonesia..seorang pelajar perubatan di universiti di medan dan selalu datang ke Malaysia bila cuti penggal untuk mencari rezeki bagi meneruskan pengajian dia, kagum dengan ketabahan dia dalam menuntut ilmu selain tingginya ilmu agama tapi sangat-sangat merendah diri..(nasib baik mak aku tak bagi kwn ngan indon..kalau tak dah wat calon..eheheh)..
tips2:patuhi semua perintah Allah.


pertama kali dia ke Malaysia dia sangat terkejut dengan budaya orang kat sini..sebab berbeza dengan tempat dia..sampai dia jadi takut tgk kebebasan remaja kat sini..pernah satu hari dia ternampak beberapa budak sekolah tengah bercintan-cintun kat belakang kilang dengan asyiknya..terus dia nak pergi menasihati budak2 nakal tu..aku menghalang..

tips3:taat kepada ibu dan bapa
bukan apa takut budak-budak nakal tu bertindak kasar kat dia..tapi dia tak takut..sebab niat dia cuma nak menegur katanya..dia pun pergilah..last-last tau je la budak sekarang ni, kalau di nasihat dia yang nasihat kita balik..pastu si dia ni menangis sebab di perkotak-katikan oleh budak-budak nakal tu..aq pun cakap kat dia welkam to kl ye..aq paham perasaan dia tapi inilah hakikatnya..pastu..apa yang aku suka dengan dia ni..cara dia lembutkan hati orang..alangkah baiknya kalau ramai perempuan macam dia(bukan takde tapi kalau boleh lebih ramai lagi)..

Tips4:selalu muhasabah diri
cara dia bercakap sangat bijaksana..masa tu aku ni pun tak betul sgt..dia selalu nasihat..memula rasa benci gak dengar dia menasihati aku..tapi lama-lama setiap patah perkataan tu macam sering membuat aku terpikir kehidupan aku..rupanya dia jenis menasihati bukan untuk mengubah aku tapi cara menasihati supaya aku sentiasa berfikir..paling aku tak leh lupa cerita dia kat aku pasal tujuan hidup..bila sebut tujuan hidup dia suh igt 5 tips(di caption gambar) yg jgn pernah di lupain sampai bila-bila katanya...

Tips5:ada perancangan yang jelas
 apapun yang wat aku rindu sangat kat dia bila ada je masalah dia selalu sebut..Allah kan ada..dan dia selalu ajar aku untuk sebut benda tu bila ada apa benda berlaku..Allah kan ada katanya berulang kali...

4 comments:

Iena@MaMaJannah&Rizqi, Says:
January 10, 2011 at 3:50 PM

welcome to the club musa..akak letak musa punya url kat akak nyer blog..
berbelog ni jgn sampai bersawang..sebulan sekali usik2 cuit2 pun ok ..hahaha (ingatan jugak tuk diri sendiri ni..):)

tu lar nama anak maksu..najla adriana...

AnakIbu Says:
January 10, 2011 at 8:53 PM

thanks kak iena...dah tua br nak belajar..ahahah...cmni la..skg masih hangat jd rajin la sikit nk berblog..jgn mcm kak iena kata la..bsawang dah la nnti..eheheh...akan mnjadi ingatan...

masmurni Says:
January 11, 2011 at 4:33 PM

datang sini jap ye...

AnakIbu Says:
January 11, 2011 at 6:26 PM

tq cikgu!!...eheheheh

Post a Comment