Ku cari Hitam..Allah bagi putih..terus airmata ku mengalir...Allahhuakhbar...

| Wednesday, April 27, 2011 | 0 comments |
Orang beriman hidup senang, orang tidak beriman pun ada yang lebih senang. Orang lain buat maksiat sampai tua bangka, dosa menimbun tapi selamat. Aku buat jahat sikit je, sekali dua je terus kena bala. Ini tidak adil!”

Ada tak hati kita kadang-kadang berbisik begitu?

Pemberian atau nikmat Allah ada dua jenis. Pertama pemberian yang diredhai dan satu lagi istidraj. Apa itu istidraj?

Pemberian atau nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya, maka itulah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah saw. bersabda:
”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat  (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah swt”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Manusia yang derhaka dan sering berbuat maksiat biasanya terkeliru dengan pemikiran bahawa segala nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah masih meredhainya. Segala dosa dianggap kecil dan remeh.  Mereka lalai kerana tidak mendapat teguran daripada Allah.

Ada orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, badan sihat, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, “Ala.., orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!” Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku.”

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah saw bersabda:
“Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sentiasa mentaati perintah Allah?
Mereka menjauhi segala maksiat, melipatgandakan ibadah tetapi masih diuji dan hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa?

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah dan tidak diuji seteruk kita.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka mungkin bukanlah yang diredhai. Mungkin ianya bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Setiap sesuatu kejadian ada sesuatu untuk kita pelajari dan renungi. Ada didikan Allah yang tersembunyi supaya kita memuhasabah dan memperbaiki diri.

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak tenang dan selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Tujuan hidup kita adalah mencari kerehdaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmat dan redha dengan segala ujian-Nya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan. Sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Sehensem-hensem Nabi Yusof dan semerdu-merdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.



Sumber: Blog hamba Allah.

Memanjakan diri di hujung minggu...

| Saturday, April 23, 2011 | 1 comments |
Assalamualaikum wbt.. setelah dua minggu bekerja tanpa cuti, minggu ni aku dpt lah bercuti sepuas-puasnya sebab start ari jumaat di Sabah ni dah cuti, kat sini yang beragama Kristian menyambut Good Friday ataupun Easter Day.. so puas sikitlah bercuti minggu ni merehatkan badan, tapi yang tak bestnya sebab minggu dpn baru gaji, kalau tak boleh pergi berjimba-jimba.. So ari jumaat mmg aku makan tido dan tgk tv je di rumah... sebab nak balas dendam la since dua minggu bekerja, dan ari sabtu ni seawal pagi aku dah bangun dan kuar p pekan cari barang-barang dapur sikit dan juga cari barang nak masak kuih petang ni... ehehe.. lama dah tak mengabiskan gas di dapur.. asyik bau maggi je, apa kata tukar2 sikit bau kat dapur tu..

balik je dari pekan tadi, makan dulu (tapau je nasi.. malas nak masak.. eheh) pastu mendobi dan mengemas rumah sikit2 je.. ahahaha... siap tadi basuh baju aku pun duk la mengupdate kan blog aku ni, bukan apa aku taknak lah terbiar je blog aku ni tanpa update.. walaupun tak de la berapa org nak membaca sangat tapi at least aku tak nak lah kewujudan blog ni sia-sia je.. orang kata catatan untuk hari ini adalah rujukan masa depan, mana tahu anak cucu cicit kita nanti boleh tahu suka duka pahit manis kita masa sekarang ni, dan mungkin smething good diaorg boleh ambil dr sekelumit coretan yang tak seberapa ini..

okay, tujuan utama aku mnulis ni adalah untuk citer yang aku nak masak kuih keria, actually sebelum ni tak pernah pun aku masak, tgk makcik2 kat kg masak pernah la, tgk dia nye resepi senang je, so aku nak gak la cuba saja2.. tekak ni pun dah teringin nak makan tetapi malangnya kat sini takde jual kuih ni, susah nak jumpa.. jadi apa lagi aku try cuba test utk membuatnya.. mana tau kalau sedap pasni leh buka dunkin donut versi kuih keria kat sini.. ahahaha...

okay, sebelum masak kuih ni kita perlukan keledek manis (which is aku dapat last month dr makcik2 yg baik hati kat kundasang).. asyik makan rebus je x abis2 baik aku renovate wat kuih keria kan.. sedap ke tak layan kan aje.. cara nak wat dia senang je.. mula2 rebus kan keledek tu sampai dia lembut, pastu bila dah lembut sejukkan dulu kemudian lenyek-lenyek kan dia, bila dah lenyek campurkan sedikit demi sedikit sampai boleh di uli, yang penting jgn terlebih tepung nanti dia keras, atau kurang tepung nanti dia lembik.. so dah siap di uli secukup rasa, goreng adunan tu sampai garing dan enak.. pastu dah siap boleh la di sira dengan gula.. (sira gula adalah masak gula dan air sedikit..) pastu.. tadaaaaaaaaaaaaa!! siap dah kuih keria keledek.. senang dan mudah.. kalau aku yang jantan boleh buat, takkan korunk yang perempuan langsung tak leh buat kan.. aku ni takde la minat sangat masak2 ni, tapi di sebabkan aku teringin nak makan so aku pun belajar lah masak2 ni, yang penting adalah aktiviti hujung minggu yang membosankan, selain dari itu boleh juga kita sedekah-sedekah kat jiran miran dapat gak pahala kan, dan yang paling penting dapat mengeratkan hubungan sesama jiran.. so guys lets go the dapur n we make some kuih.. adios amigos..  :)

Jom kita berbengkel!!

| Friday, April 22, 2011 | 0 comments |
Lama dah tak menulis...last week aku bizy giler dgn slot rakaman RTM.. ada juga dalam hati ni nak update kan di blog mengenai rakaman tersebut tapi di sebabkan bizy tak hengat n pic yang aku ambil pakai cam hp tak baper nak menarik..so ilang nafsu aku nak menjadikan sebagai masterpiece aku kat dlam blog ni.. so sengsara bagi bulan 4 ni di tamatkan dengan berakhirnya Bengkel selama 2 hari ni, mula2 aku macam berat juga la nak pergi tapi bila dah masuk bengkel ni seronok sangat-sangat rupanya..



So now aku bersyukur kepada Allah sebab majoriti yang pergi adalah penjawat awam di tempat aku kerja ni, jadi benda ni membuatkan hubungan aku lebih rapat lagi dengan jabatan-jabatan yang lain, faham-faham je la aku ni musafir hina yang menurut perintah kan.. so nak rapat dengan orang tu tersangat lah mengambil masa di sebabkan oleh malu aku yang tak berapa nak malu ni.. ehehehehe



So bengkel yang aku pergi ni adalah Bengkel Transformasi Penyampaian Perkhidmatan Awam, selain daripada menjadi peserta bengkel, aku juga di minta untuk menjadi pengacara majlis sepanjang bengkel tersebut, so aku ni yang suka membuat kerja sepenuh hati kononnya memang sangat-sangat memastikan perjalanan program ini berjalan lancar, sampai banyak yang ingat aku ni urusetia dari INSAN juga, kesian kan.. nampak sangat banyak yang belum kenal kita yang tak seberapa terkenal ni...



bila aku cakap aku dari daerah ni juga ramai macam terkejut manja lah sebab tak berapa nak perasan.. (sedih gak la diri ini tak perasan dek org... org baru kot.. mana la org nak kenal sangat..ahahaha).. apapun Thank You Allah sgt2 sb bengkel ni membuat aku kenal ramai orang dan orang kenal aku ke tak.. aku tak peduli.. janji aku esok2 selisih mana2 org dari jabatan lain takde la aku risau2 nak senyum atau tegur...

Okay secara ringkasnya Bengkel ni adalah bagi memantapkan perkhidmatan awam yang sedia ada berikutan banyak sangat orang komplain macam-macam mengenai mutu perkhidmatan yang kurang memuaskan.. jadi bengkel dari INSAN ni adalah untuk menyedarkan dan mengenalkan cara-cara bagi penjawat awam mengubah pemikiran menjadi lebih bermutu.




Slot pertama di kendalikan oleh KPP INSAN sendiri iaitu En Abekan Liun bertajuk  'Reinventing Goverment'.. Klise sangat tajuk kan... tapi jangan salah faham, ianya lebih menjurus kepada transformasi kerajaan menjadi organisasi yang lebih baik. terutama dari segi mutu penyampaian perkhidmatannya.







Seterusnya slot kedua pula di teruskan oleh Y.Bhg Prof Datuk Dr Chua Kim Hing konsultant dari Global Consultancy dan Pensyarah kanan Uitm Menggatal Sabah, dia memang bagus!!.. sesuai dengan title dia yang panjang tu.. idea yang dia bawa semua sangat berkesan dan membuka minda kita untuk membuat sesuatu dengan lebih baik.. (tau la aku ni kalau jumpa penceramah yang hebat-hebat.. mula la aku admire...) and the same time i wish alangkah bagusnya ramai lagi ketua-ketua jabatan yang hadir dalam bengkel tu termasuklah jabatan aku sendiri.. uhuhuhuhu




sometime i wondering why la so hard kan ketua Jabatan nak hadir tapi hantar kerani2, pembantu2..(mcm akula)..penolong2 saja.. and even Pegawai Daerah dan Pen Pegawai Daerah pun boleh hadir n suprisedly not even skip any session.. so fikir-fikir lah sendiri why those thing happen.. (not good~~).. uhuhuhuh




Apapun congrate to myself and every peserta yang menghadiri bengkel yang sangat-sangat berguna.. orang kata tak dapat semua ilmu, sedikit pun jadilah lah, as long as sedikit2 lama2 jadi bukit.. rather than orang yang langsung takde peluang atau menolak peluang untuk mendapat ilmu ni kan... Apapun this bengkel make me keep a lot of reason why i want to be somebody especially in this organisation.


Lastly, thumbs up to pejabat daerah and of course INSAN for manage this kind of Bengkel.. because its was a very good afford to make people change their mind to be more professional and off course achieved the satisfaction of every customer whoever they are... and kepada yang sudi membaca..Thanks a lot and layan lah gambar-gambar yang pandai bercerita.. adios amigos Assalamualaikum..

Beronok-Ronok !!

apa itu pengacara majlis?

| Friday, April 8, 2011 | 1 comments |
skema je kan tajuk aku ni..tapi di sebabkan malam ni aku feel2 like want to make some review mengenai pengacara majlis..so aku pun bukalah bahan-bahan yang aku ada ni untuk buat kajian sikit, maklumlah walaupun dah 2-3-4 kali mahupun lebih sebenarnya jadi pengacara majlis ni, tapi aku masih lagi rasa tak hebat, sebab pengalaman masih ciput lagi...so malam ni aku cek balik lah apa yang di katakan tugas pengacara majlis ni secara ringkasnya...

first sekali jika nak jadi pengacara majlis yang hebat anda mesti suka menjadi pengacara majlis..kes aku pula takde la suka sangat jadi pengacara majlis ni, tapi aku ni suka kalau bab2 bercakap depan orang ni, cuma bezanya pengacara majlis ni kita lebih terkawal sedikit lah, maklumlah pengacara majlis ni lah nadi kepada sebuah majlis, kalau pengacara majlis ke barat. kebarat la majlis tu...kalau ke lombong??..siapa nak jawab??.. :)

kita kena ingat tugas utama pengacara majlis(MC) ni ialah mengawal majlis,membuat pengumuman dan memberi panduan untuk melancarkan majlis. Antara kriteria yang mesti ada untuk menjadi MC yang hebat ialah yang pertama suara,(kompem la..kalau takde suara camne nak cakap plak kan?)..takkan guna bahasa isyarat plak..puas orang nak translate kan nanti...okey..suara ala-ala itik serati atau suara kepit tu p la berlatih kelas vokal dulu supaya suara tu boleh menjadi lebih baik, merdu dan lunak di dengar(tetapi takdelah nak suara macam siti nurhaliza sangat kan..)janji suara tu jelas dan boleh di fahami okay lah tu. Kalau ikut dlm buku ni suara tu ada 5 jenis..suara Lunak, suara Lantang/penuh perasaan, suara biasa/asli, suara bertenaga dan suara bersahaja. Jadi korang fikir-fikir lah sendiri suara mana yang nak korang gunakan janji sesuai dengan kotak suara korang dah la ye.

Pastu korang kena tahu juga nada suara yang sesuai dengan majlis, contoh kalau majlis di padang atau kawasan terbuka suara kena lah lantang, kalau di dewan suara kena beralun dan pandai bermain dengan gelombang suara supaya ayat yang di tuturkan menjadi jelas, tahu jelah dewan ni, kena PA system yang biasa(murah la tu..) mula la suara macam kat rumah hantu...atau suara di majlis jamuan atau persembahan hendaklah lebih mesra penonton.

Pastu korang juga kena fasih dalam bahasa yang di gunakan, maknanya kalau tak tahu cakap Arab, janganlah gatal-gatal nak jadi MC bahasa arab pula kan...yang penting nahu, cara sebutan dan panjang pendek nya sesuatu perkataan tu perlulah di titikberatkan. Selain itu jangan gugup ye, kalau gugup cek kat sini dulu..
>>  KLIK.. okay kalau dah cek maknanya dapat lah ilmu sikit mengenai gugup, tapi adatlah kalau gugup ni, orang gila takde perasaan je tak rasa gugup walau sekelumit...




Pastu korang juga kena jaga personaliti dan imej, maklumlah kita ni jadi MC akan jadi tumpuan..jadi dari Head to Toe..tu semua benda kena cek..kalau bole wat ceklist, rambut..ok..misai, janggut..makeup..bulu idung..baju ,seluar,kasut kain, stokin and even barang perhiasan semua kena matching dan tidak seperti gerai perhiasan bergerak sudahlah...Pastu jadi MC ni kita kena banyak sabar dan berbudi bahasa, kita tidak ambil mudah terhadap sesuatu perkara, kita kena berkeyakinan dan memahami asas-asas protokol dalam pengacaraan.(protokol ni semua korang cari la sendiri..takpun pergi la ke Pejabat Penerangan daerah masing-masing yang terdekat...confirm anda akan di layan setaraf hotel 5 bintang...eheheh), dan last but not least is mesti ada kredibiliti sebagai pengacara, kredibiliti ye bukan kredit topup hp mahupun kad kredit..tapi ciri-ciri sebagai seorang juruacara.


okay sekarang ni kita tgk plak apa perkara-perkara asas yang kita perlu buat sebelum majlis bermula, yang pertama kita kena hubungi penganjur, dapatkan aturcara penuh yang dah confirm, kalau penganjur tak siap lagi suruh juga dia buat sampai siap, kekadang gara-gara diaorg ni lembab buat aturcara dan confirm kan sesuatu benda, kita plak yang terkial-kial saat akhir nak cover semua benda nanti. pastu dapatkan senarai kehadiran VIP,VVIP yang confirm dan di jangka hadir, pastikan ada di buat raptai atau tidak, jika tiada raptai kita kena berbincang bagaimana perjalanan majlis tu nanti..

Okey sekarang ni masa majlsi tu nak berlangsung yang paling penting sekali ialah datang awal, sekurang-kurangnya satu jam sebelum majlis bermula, membawa skrip yang dah siap bukan skrip yang tak siap ye, dan pastikan kita dah buat latihan dengan skrip kita sebelum tu, pastu membuat semakan terakhir dengan aturcara majlis kalau-kalau ada perubahan atau tak, senarai VIP/VVIP, sentiasa berada di kawasan juruacara supaya senang di hubungi oleh pihak penganjur jika ada apa-apa, memastikan alat pembesar suara elok, sesuai dengan keselesaaan kita nanti, test2 dulu ok ke tak, kalau boleh ambil kesempatan dengan memberi sedikit info kepada hadirin tentang bagaimana perjalanan majlis kita nanti, ini juga akan mengurangkan sedikit gemuruh bila kita dah mula membiasakan diri dengan microfon dan hadirin, pastu sentiasa bersedia dengan kehadiran tetamu kehormat dan pastikan semua hadirin dan tetamu kerhormat sudah bersedia sebelum memulakan majlis, yang paling penting adalah mendapat kebenaran daripada pihak stage manager atau pun penganjur untuk memulakan sesuatu majlis.



Semasa memulakan majlis hendaklah memulakan majlis dengan tenang dan penuh keyakinan, (yang ini aku banyak kali gak tetiba ada je parkinson menyerang, terutama jika aku tak bersedia 100%..tengok muka VIP/VVIP terus jadi asam jawa kejap..kekadang membawa kepada kesilapan juga lah, so sangat lah mengecewakan pada aku, tapi benda ni sekejap je..mungkin dalam 30 saat yang pertama, kita tarik nafas pastu kita mulakan balik ayat kita..anyway tak kena hukum bunuh pun kalau tersilap, yang baru-baru nak berjinak dalam bidang MC tu adatlah..lepas tu terus mulakan acara dengan penuh keyakinan di sulami senyuman yang terbaik..insya Allah kita akan rasa seronok menjadi pengacara majlis..


Tetiba Ucop wilcha kan..anggap jela iklan..eheheh
jika ada orang baca doa atau gimik atau apa je la persembahan pembukaan pastikan semuanya sudah tersedia sebelum majlis bermula, lepas tu pastikan kita sentiasa fokus kepada perjalanan majlis sehingga ke akhirnya.Selepas selesai majlis jumpa lah dengan penganjur daptkan maklumbalas, kekalkan hubungan baik(supaya lepas ni boleh kena panggil lagi..mana tahu ada bayaran kan..boleh wat duit susu anak bini..erk..bini isap susu ke?ehehe..kalau bini tgh sarat kan..ekekeke)..apapun yang penting sentiasa ucap terima kasih dan hendaklah enjoy melakukan tugasan mengacara, kalau tak enjoy jangankan mengacara, nak makan pun tak lalu kan..jadi bila hati suka buat apa pun kita tak rasa terpaksa.

so ni lah info serba sedikit kalau menjadi MC ni..banyak lagi sebenarnya, apapun org kata macam perkara asas la dalam menjadi pengacara ni, kalau nak lebih terperinci boleh truskan mencari dan dapatkan contoh-contoh skrip pengacara majlis kat dalam internet ni.. Google je pun boleh...eheheheh..okies..adios amigos..gua berambooos...assalamualaikum..

Apa-apa pun ..dia ni adalah idol aku dalam
 bidang pengacaraan..siapa tak kenal kan...