Korang pergi kursus untuk apa??
actually benda ni saya dapat kat satu blog ni >> http://rihanhashim.net/blog/ ....banyak benda menarik yang kita boleh membaca kat blog ni.. anyway terima kasih lah kepada tuan tanah kerana memberi ilmu yang baik.. jadi saya tertarik kepada satu entry mengenai 4 jenis niat orang pergi berkursus..kebetulan saya yang masih muda dalam kerja sekarang ni, jadi memang selalu lah kena panggil berkursus, so suka saya mengingatkan diri saya dan juga kengkawan yang suka di ingatkan tentang benda ini..
menurut pengalaman penulis blog tersebut:
(copy paste je la ye..eheheh)
Dalam salah satu training yang pernah saya hadiri, seorang trainer memulai sesi dengan berkongsi satu maklumat. Menurut beliau ada empat jenis orang yang hadir kursus.
Pertama ialah jenis pelancong. Orang ini datang hendak melihat diberi makan apa, selesa atau tidak tempat training dan apa lagi yang menarik di lokasi training itu serta kawasan persekitarannya. Biasanya orang ini cerewet sedikit tentang makan minum yang disediakan.
Kedua ialah jenis orang yang diarahkan ke kursus. Sebenarnya dia tidak berminat datang, tetapi diminta hadir oleh ketua atau majikan. Jadi dia kena datang walaupun kurang suka. Akibatnya dalam kelas, dia tidak mahu membuka mulut, malas berbincang, tidak mahu turut serta melakukan aktiviti-aktiviti bengkel atau apa-apa sahaja. Mesej non-verbalnya jelas iaitu, “Jangan ganggu saya! Anggap saya makhluk halimunan di dalam kelas ini.”
Ketiga ialah jenis pensabotaj. Orang ini suka mengacau dalam kelas. Dia suka menyampuk, memberi komen tanpa diminta dan adakalanya merendah-rendahkan pendapat trainer dan peserta kursus yang lain.
Keempat ialah jenis pelajar. Orang ini hadir ke bengkel dengan niat suci murni mahu belajar dan menimba ilmu serta kemahiran sebaik mungkin.
Saranan trainer itu, jadikan diri kita ini sebagai peserta jenis keempat apabila hadir kursus.
0 comments:
Post a Comment