Bersyukur..bersyukur dan bersyukur...

| Saturday, March 12, 2011 | |
bila kita mengeluh..atau dengar orang mengeluh...apa yang boleh saya cakap kat hati saya atau orang hanyalah bersyukur..bersyukur dan bersyukur...bukan apa, kita bising-bising sangat pun bukan berubah mana pun, jadi kita bersyukur saja lah dengan apa yang kita lalui...

kebelakangan ni banyak benda yang membuat aku bersyukur, antaranya adalah mendengar peristiwa tsunami yang berlaku di Jepun, banyak sebab kita harus bersyukur, walaupun merasa simpati di atas apa yang berlaku, tetapi diri ini bersyukur sebab kita tidak di beri musibah sedemikian.


tetapi setiap manusia tu aku percaya sentiasa di uji oleh Allah untuk melihat sejauhmana kita sentiasa bersyukur kepada nya, dan ujian atau dugaan tu juga penghapus kepada dosa-dosa lampau..sekarang ni aku memang sibuk sedikit dengan bebanan tugasan, macam-macam kerja kena buat dan ada sesetengah kerja tu yang jauh menyimpang daripada kebiasaan dan kepandaian ku, hakikatnya ada juga tugas yang membuat aku nak muntah sebab terlalu meloyakan hati, tetapi aku lihat ini sebagai amanah dan tanggungjawab yang harus di laksanakan...cuma ikhlaskan hati dan buat..insya Allah..tiada masalah sangat..so masa aku menulis ni..dah pun siap kerja yang aku tak minat tu, dan Alhamdulillah..sebenarnya mudah sahaja kerja tu, tetapi di sebabkan kita tidak pernah melakukannya maka ianya menjadi sukar buat kita..


selain dari itu, sejak dua tiga hari ni, hujan kerap pula melanda di bebrapa tempat, lahir juga kebimbangan di hati kalau-kalau peristiwa banjir berulang kali..tapi kita berdoa lah pada yang Esa agar tidak di beri ujian itu sekali lagi, kesian melihat orang kampung bersusah payah menghadapi banjir..betapa berat bahu mereka memikulnya, walapun musibah banjir itu tidak sekuat musibah tsunami, tetapi ianya tetap memberi kesan kepada masyarakat kita..

dan hujan juga membuat aku selalu terperangkap bila nak balik..maklumlah penunggang motosikal yang berwibawa macam aku ni, jarang sgt nak bw baju hujan p kerja.. :P apapun semua tu buat kita supaya sentiasa bersyukur... terutama dgn rahmat Allah.. dan aku suka lah nak ambil semua ni sebagai perkara positif, dan sentiasa berfikiran positif.. apa sahaja yang berlaku kita kena positif.. sebab dengan menambah nilai-nilai positif dalam diri dan minda kita sahajalah dapat membuat kita berfikir dengan lebih baik dan seterusnya menyelesaikan setiap perkara dengan lebih baik...apapun semua nya dari diri kita..dan binalah kekuatan minda dan hati kita untuk masa depan yang lebih baik.. salam sayang dari anakIbu...muahhhhh!!

p/s:kepada yang tak sihat musim-musim hujan ni.. jgn lupa jumpa doktor.. jgn asyik telan panadol je.. dan makan makanan yang berkhasiat...

0 comments:

Post a Comment