Kalau aku dah membebel....

| Saturday, March 19, 2011 | |
Intan Sabah

last monday..aku cek in kat intan untuk menghadiri kursus Khidmat Pelanggan yang Berbudi Bahasa di Intan Sabah, biasa lah penjawat awam macam aku yg baru berkhidmat ni. kenalah pergi kursus-kursus untuk memantapkan lagi perkhidmatan, so macam-macam lah yang aku belajar di sana, tetapi apa yang buat sedikit merasa kekesalan di hati ialah semasa hari penutupan kursus tersebut, niat di hati ni hanya memberi ulasan sekadar pandangan untuk penambahbaikan, ternyata ada sesetengah tu yang terlalu sensitif sehingga tidak dapat menerima kesilapan. Ya!!...memang saya dari semenanjung, tapi tak bermakna saya tak paham slang Sabah, komen saya berikan amat mudah.. supaya ada seorang trainer itu dapat meningkatkan lagi segi penyampaian supaya penjelasan yang di berikan akan lebih menarik dan dapat di fahami, tetapi ulasan tersebut telah di nilai kerana saya orang semenanjung dan saya tidak memahami apa yang di terangkan...

kalau ada yang ngantuk dan buat2 telefon tu faham2 la ye...
di kesempatan ini saya memuji trainer intan yang lain, gaya penyampaian yang bertenaga dan menarik walaupun kepekatan slangnya, tetapi membuatkan peserta lain tidak mudah melupakan apa yang di ajar, tetapi kalau syok sendiri, peserta dah terhangguk-hangguk mendengar pun buat tak reti dan ala-ala pensyarah di Howard University yang hanya datang untuk menghabiskan chapter yang perlu di ajar, ianya amat tidak mendatangkan hasil. Pada saya kalau anda mengajar apa itu komunikasi berkesan, yang penting bagaimanakah anda memastikan komunikasi anda berkesan, tidak di nafikan anda boleh berkomunikasi dengan baik..tetapi kesannya selepas itu yang perlu di fikirkan, 
kalau ada yang asyik nak kuar p toilet tu pun paham2 la ye...
anda mengatakan mendengar adalah aspek dalam komunikasi yang paling penting..tetapi anda lupa jika kita berkomunikasi apa yang penting adalah kita menyampaikan sesuatu, jika apa yang di sampaikan tidak di dengari maknanya komunkasi yang anda gunakan tidak berkesan. Anda mengajar apa itu bahasa tubuh tetapi anda sendiri tidak peka dengan bahasa tubuh peserta-peserta yang bosan mendengar celoteh anda, sampai orang keluar ke toilet melebihi 3-4 orang dalam satu masa, jika anda dapat menilai bahawa betapa bosannya orang mendengar ceramah anda, anda sepatutnya mengunakan pendekatan lain supaya fokus peserta tidak hilang dan apa yang nak di sampaikan dapat di terima sebaiknya.
kalau ada yang dah 18 kali menguap pun tak paham ke?
apabila kita ingin mengkritik dengan tujuan untuk penambahbaikan, peserta di ingatkan pula supaya jangan kritik yang melampau kerana laporan tersebut akan di hantar terus ke HQ...patut ke anda mengingatkan sebegini kepada peserta kursus? jika anda melakukan tugas dengan baik, anda pasti tidak risau kemana pun laporan peserta itu akan di hantar waima ke KSN atau PM sekalipun, ada pula yang berkata akan di 'ban' dari senarai peserta jika memohon kursus yang akan datang...sungguh menyedihkan jika ini berlaku. Kesannya adalah kepada perkhidmatan awam di masa akan datang jika sebegini lah sikap segelintir penjawat awam..

kalau ada yg dah asyik tgk hp main mcg tak faham juga ke?
Apabila kita mengkritik, seperti sudah menjadi tradisi di pulangkan pula paku buah keras, di baling kan kritikan itu kepada muka kita dengan menyatakan bahawa kita juga tidak sempurna dan ada melakukan kesilapan. Ya!! memang benar, tiada yang sempurna, tetapi di sini sejauhmana kita mengaku kesilapan dan mengubahnya menjadi lebih baik..Sebeginikah pemikiran individu yang di tugaskan untuk melatih penjawat awam negara? walaupun motto anda adalah sentiasa di hadapan, tetapi jangan lupa kalau di hadapan pasti akan ada di belakang, peserta datang dengan niat mendapat ilmu yang baik untuk menjadi penjawat awam yang lebih baik, bukan untuk menyakitkan hati sesiapa, tetapi jika kedatangan peserta di tafsir sebagai menyusahkan dek kritikan, baik berhentilah dari melakukan kerja yang sia-sia.
kalau orang suka kita boleh tgk gelagatnya..
Bukan hendak mendabik dada atau menunjuk pandainya, seperti budak baru belajar, kami mengharapkan khidmat yang lebih baik, seperti pelanggan-pelanggan lain yang datang berurusan di pejabat kerajaan, mahukan yang terbaik sekurang-kurangnya mencapai kepuasan seminimun yang mungkin...anyway no offend and no hard feeling, in politics, ada kerajaan ada pihak pembangkang, masing-masing mengimbangi untuk masa depan negara yang lebih baik...begitu juga dengan kita...saling mengimbangi...bye~~~~

Remember one thing..no hard feeling k..peace!!




0 comments:

Post a Comment