Disatu saat aku terfikir..apa yang berlaku sepanjang 29 tahun hidupku..kemanisan.. pahit.. gembira.. sedih.. kecewa...sihat.. sakit.. kejayaan.. kegagalan.. senang dan susah ..sebut sahaja apa jua perkara semuanya pernah berlaku dalam diri ini... tapi aku melihat perkara-perkara ini berlaku kerana ada hikmahnya..
perkara-perkara ini yang membuat aku lebih matang menjadi seorang manusia, perkara-perkara begini menunjukkan aku kearah jalan yang lebih sempurna, perkara-perkara ini juga mengajar aku apakah itu dunia.. kini aku tetap melangkah untuk sampai ke angka yang seterusnya selagi di izinkan oleh Nya..
sewaktu mengalami kesukaran hidup terkadang terdetik di hati mengapa ianya terjadi kepadaku, terasa tubuhku tidak termampu menanggung kesengsaraan hidup, sehingga aku terjatuh menghempas diri, seakan menerima takdir kehidupan sebegini, namun apa yang berlaku itu adalah ketentuan Nya... kita tidak tahu nasib kita.. dan seandainya kita terus mempersalahkan tadkir yang sedang menimpa, selamanya kita terbelenggu oleh rantai-rantai yang umpama membelit di leher kita, dan sehingga di suatu saat kita teringin menghentikan nafas kita, tetapi Allah maha kaya.. jika jauh di sudut hati kita masih mempercayaiNya, Allah akan beri kita petunjuk, terpulang kepada kita sejauhmana kita mahu membuka hati kita kepadaNya..
bersyukurlah dengan apa yang kita ada, jika kita susah ketahuilah ada yang lebih susah, jika kita tidak sempurna pada zahirnya, ada yang kebih jauh tidak sempurna zahirnya..jika kita senang atau kaya, ketahuilah Allah maha kaya..jika kita terlalu cantik kejadiannya, ketahuilah bahawa kecantikan itu sementara...
di saat ini jauh di sudut hatiku, aku sentiasa berharap, supaya jangan lah Kau Ya Allah terputus rahmatMu kepadaku, kau teruskanlah berikan aku sinar dalam menempuh hidup di dunia dan akhirat ini.. hanya kepada kau ya Allah aku berserah.. dan hanya kau sahaja ya Allah yang tahu apa yang ada di setiap hati-hati manusia.. dari itu di kesempatan ini, aku bermohon.. andai diri ini tidak sempurna pada kejadianmu, Ya Allah kau jadikanlah aku insan yang sebersih-bersih akhlaknya,sekuat-kuat imannya..supaya aku dapat sentiasa berlindung di bawah cahayamu..Amin ya Rabb..
0 comments:
Post a Comment