Cerita Cuti Tahun Baru Cina...

| Monday, February 14, 2011 | |
KK~KL with FireFly
dah bape hari tak menulis kat blog.. dengan sibuk dan takde mood..jadi aku membiarkan je blog aku ni x bertulis lama..bukan apa..kalau takde mood malas aku nak me`nopup` isi dia..aku ni jenis malas nak copy paste artikel dari blog orang then letak kat blog aku(POYO PADAHAL DAH BUAT DAH KAT POST SEBELUM NI>>EHEHEH)..x best la..kalau ada isu yg menarik pasti aku akan olah dengan gaya aku sendiri..baru la betul-betul menulis kan..x pe...bg aku biar lambat asal selamat..muahahaha...


mangsa banjir di kampung aku.
berbalik pada cerita cuti tahun baru cina aku baru-baru ni..perancangan asal adalah nak menghadiri kursus kahwin..tapi dah takdir balik kampung kena pula musim banjir..akhirnya kursus kahwin yang di jadualkan tidak dapat di buat..dan aku pula dekat 5 hari terperangkap di kampung ayah aku kerana banjir.. secara tak langsung jadilah mangsa banjir jap..anyway dapat gak aku menolong mangsa banjir di kampung aku.. berbakti pada masyarakat kampung la katakan..so layan je lah pic2 yg di ambil oleh HP murah ni..janji ada kan dan bersyukur je la.. :) adios..
kesian orang kampung...
terpaksa tidur kat balai raya..
barang-barang yang sempat di punggah..
jalan-jalan utama yang tenggelam..tpaksa naik bot...
masa ni dah surut sikit..tapi masih lagi kategori banjir..uhuhuh
apa lagi..air besar ni..rezeki kan banyak..tahan la jaring kat mana-mana
dari dok memikirkan nasib sebab banjir..baik kita tangkap ikan..
bapak belida yang tersangkut di jaring...boleh la tahan..
antara hasil tangkapan yang lain..
dapat juga menghantar sepupu ku pergi bertunang..walaupun banjir..
tak lupa berjumpa juga tunang tersayang..walaupun x jadi kursus kahwin sama-sama.. :)

0 comments:

Post a Comment