Jom Masuk Hutan..

| Sunday, January 9, 2011 | |
selepas 5 hari mengadap tugasan harian..so aku decide hujung minggu ni nak wat kerja yang mendamaikan..bgn awal pagi lepas subuh je terus grab dslr..kejut jiran2 paksa diaorg ikut aku pegi air terjun..ahahha..jahat gila aq rasa time tu..tapi nak wat cmner..dr diaorg tdo smpi tghari bila time cuti baik aku ajak wat outdoor aktvt..seronok ap...bukan jauh pun dari umah..10 minit dh sampai..

so sampai kat pintu masuk kawasan tu p bfast dulu..nti x larat la nak mendaki..kedai pun br nak buka..so sempatla kitaorg tlg kakak tu buka kedai sb dh lapar..x sanggup nk tunggu lelama...lepas je bfast terus la kitaorg memulakan jejak ke air terjun tu..perancangan awal nak pergi air terjun paling tinggi yang memerlukan 90 minit pendakian tetapi ada seorang jiran ni dah x larat walaupun baru berjalan 10 minit..pening2 nak pitam katanya..daripada nanti dia pengsan tgh2 jalan aku pun decide utk pergi ke air terjun yang berdkatan je..lebih kecil sedikit daripada hala tuju yang sebenar tapi tetap menarik..dengan tiupan angin dan cuaca diwaktu pagi yang sangat2 sejuk..

.memang takde niat la nak mandi..air nya macam baru kuar peti ais..so rendam-rendam kaki dan snap2..pemandangan sangat cantik dan sgt mengujakan...mendamaikan..lupa sebentar tekanan yang di lalui..rasa nak berkampung je di tepi air terjun ni..apapun sesekali pegi tempat2 macam ni mmg akan menghilangkan penat lelah kita setelah berkerja sepanjang minggu..layan...

air tejun yang masih tidak terusik..

mendamaikan..
dah dekat dua jam lepak kat air terjun..jom kita pergi pasar cari lauk..kebetulan hari sabtu adalah hari yang paling best kalau pergi pasar sebab tempat aku ni, semua orang kampung akan keluar bawa hasil tanaman diaorang dan jual kat pasar..so kita akan tengok pelbagai jenis sayuran kampung yang kita tak pernah jumpa..

seronok tengok ada tempat untuk orang-orang kampung berniaga, at least boleh tambah sedikit pendapatan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup, kekadang sesekali sekala kita meneliti kehidupan ini, kita akan sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang kita ada..

so sekarang sambil meninjau jom kita cari lauk..orang bujang sekali sekali pegi pasar..kekadang tak tau jgak nak beli apa...budak umah semua tau makan je..masak mmg failed memasing..so cari je la apa-apa yang senang nak masak dan makan..hari pun dah nak tengahhari ..apa lagi balikla ke sarang..ahahaha
sambil berniaga meh posing skit tok blog saya ye dik..ehehehe

2 comments:

Larajade Says:
January 12, 2011 at 9:53 AM

salam..xkene geget nyamuk ke masuk hutan??huhuhuh

AnakIbu Says:
January 12, 2011 at 10:51 PM

wsalam..nyamuk xde..pacat yang byk..sb tgh musim hujan..sampai rumah ada la 2-3 bekas kna gigit pcat d kaki...ehehhe

Post a Comment