Tazkirah Buat hati~~

| Thursday, October 20, 2011 | 0 comments |
RAHMAT DAN NIKMAT

Allah itu Maha Adil.

1.      Pernahkah kamu terfikir akan nikmat Iman dan Islam?
2.      Akan nikmat dapat menghayati kehidupan?
3.      Akan nikmat menerima petunjuk?
4.      Akan nikmat diberi pertolongan untuk bertaubat?
5.      Akan nikmat menyembuhkan penyakit-penyakit hati?
6.      Akan nikmat menundukkan ego?
7.      Akan nikmat merendah diri dan mencari keikhlasan?
8.      Akan nikmat diberi semangat untuk menjalani kehidupan sihat?
9.      Akan nikmat mengingati mati?
10. Akan nikmat menyayangi orang-orang tersayang?
11. Akan nikmat berdikari?
12. Akan nikmat peringatan dan petunjuk sebelum kehilangan nikmat-nikmat lain?
13. Pernahkah kamu terfikir ada yang perlu dikorbankan penglihatan untuk mendapat nikmat petunjuk?
14. Ada yang seluruh hidup bergantung nasib akibat lumpuh untuk menikmati nikmat menghayati kehidupan?
15. Janganlah kita menjadi orang-orang yang setelah diberi petunjuk tidak bersyukur
16. Setelah diberi peluang menebus dosa, tidak bersabar.
17. Bersyukurlah, dan bersabar.

Sedih ke awak? mari dengar tazkirah.. Allah kan ada (Part1)

| Tuesday, August 16, 2011 | 1 comments |

Assalamualaikum wrh wbk.

Sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah,

Tidak kira siapapun anda, andalah sahabat-sahabatku yang tercinta. Di kesempatan yang ada, izinkan aku yang serba hina di sisiNya ini menyampaikan sebuah tazkirah serba ringkas sebagai peringatan kita bersama.

Firman Allah yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”  [Surah Al-Ankabut, ayat 2-3]

Sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah

Segala ujian Allah bukanlah perkara yang sia-sia. Jauh sekali merupakan satu bentuk ketidakadilan Allah s.w.t. Kita pasti diuji sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan.

Ujian dalam bentuk kesenangan sebenarnya jauh lebih sukar. Ramai manusia yang lalai, kufur nikmat dan kufur hakikat akibat limpahan kemewahan, kuasa, kemasyhuran, kesihatan dan lain-lain bentuk nikmat dunia.

Mereka menjadi angkuh, takkabbur dan riak sehingga terlupa bahawa segala sifat kebesaran itu hanya milik Allah. Akidah kadangkala terpesong tanpa disedari. Mereka terlalu cintakan dunia sehingga terlalu takutkan kematian dan akhirat yang pasti.

Demi kecintaan dan kelangsungan terhadap nikmat dunia yang fana ini, ada yang sanggup berterusan melakukan dosa-dosa besar sehingga ke akhir hayat seperti menipu rakyat, menganiaya, mengamalkan riba, rasuah, terlibat dengan khurafat, membunuh dan apa saja. Lebih keji apabila mereka tenggelam dalam lembah kemaksiatan sehingga ke akhir hayat.

Sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah,

Ujian dalam bentuk kesusahan pula Allah uji kita dengan musibah seperti keruntuhan rumahtangga, kematian insan tersayang, dianugerahkan zuriat yang cacat, suami/ isteri yang mengalami penyakit mental, menghidap pelbagai penyakit kronik, papa kedana, menjadi mangsa fitnah, ditimpa kemalangan yang mengorbankan semua anggota keluarga, menjadi seorang pembawa HIV dan sebagainya.

Firman Allah yang bermaksud:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” [Surah Al-Baqarah, ayat 216]

Ujian terhadap kita mungkin sebenarnya sangat ringan berbanding ujian terhadap insan-insan lain yang jauh lebih teruji. Ianya masih boleh dirawat. Masih boleh dilawan dengan kekuatan rohani, spiritual, dan fizikal serta berbaik sangka terhadap Allah s.w.t.

Malangnya apabila terlalu memikirkan kepentingan diri dan gagal melihat sesuatu hikmah di sebalik ketentuan Allah, kita terasa bahawa diri kita sahajalah yang paling malang dan menderita.



Hakikatnya jika kita sabar dan redha dengan rahmat Allah, kita sepatutnya bersyukur dipilih menerima didikan serta mendapat teguran direct daripada Allah s.w.t. Bukankah ini tanda kasih sayangnya terhadap kita? Apakah lagi yang lebih berharga selain daripada redha dan kasih sayang Allah?