Sedih ke awak? mari dengar tazkirah.. Allah kan ada (Part1)

| Tuesday, August 16, 2011 | 1 comments |

Assalamualaikum wrh wbk.

Sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah,

Tidak kira siapapun anda, andalah sahabat-sahabatku yang tercinta. Di kesempatan yang ada, izinkan aku yang serba hina di sisiNya ini menyampaikan sebuah tazkirah serba ringkas sebagai peringatan kita bersama.

Firman Allah yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”  [Surah Al-Ankabut, ayat 2-3]

Sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah

Segala ujian Allah bukanlah perkara yang sia-sia. Jauh sekali merupakan satu bentuk ketidakadilan Allah s.w.t. Kita pasti diuji sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan.

Ujian dalam bentuk kesenangan sebenarnya jauh lebih sukar. Ramai manusia yang lalai, kufur nikmat dan kufur hakikat akibat limpahan kemewahan, kuasa, kemasyhuran, kesihatan dan lain-lain bentuk nikmat dunia.

Mereka menjadi angkuh, takkabbur dan riak sehingga terlupa bahawa segala sifat kebesaran itu hanya milik Allah. Akidah kadangkala terpesong tanpa disedari. Mereka terlalu cintakan dunia sehingga terlalu takutkan kematian dan akhirat yang pasti.

Demi kecintaan dan kelangsungan terhadap nikmat dunia yang fana ini, ada yang sanggup berterusan melakukan dosa-dosa besar sehingga ke akhir hayat seperti menipu rakyat, menganiaya, mengamalkan riba, rasuah, terlibat dengan khurafat, membunuh dan apa saja. Lebih keji apabila mereka tenggelam dalam lembah kemaksiatan sehingga ke akhir hayat.

Sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah,

Ujian dalam bentuk kesusahan pula Allah uji kita dengan musibah seperti keruntuhan rumahtangga, kematian insan tersayang, dianugerahkan zuriat yang cacat, suami/ isteri yang mengalami penyakit mental, menghidap pelbagai penyakit kronik, papa kedana, menjadi mangsa fitnah, ditimpa kemalangan yang mengorbankan semua anggota keluarga, menjadi seorang pembawa HIV dan sebagainya.

Firman Allah yang bermaksud:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” [Surah Al-Baqarah, ayat 216]

Ujian terhadap kita mungkin sebenarnya sangat ringan berbanding ujian terhadap insan-insan lain yang jauh lebih teruji. Ianya masih boleh dirawat. Masih boleh dilawan dengan kekuatan rohani, spiritual, dan fizikal serta berbaik sangka terhadap Allah s.w.t.

Malangnya apabila terlalu memikirkan kepentingan diri dan gagal melihat sesuatu hikmah di sebalik ketentuan Allah, kita terasa bahawa diri kita sahajalah yang paling malang dan menderita.



Hakikatnya jika kita sabar dan redha dengan rahmat Allah, kita sepatutnya bersyukur dipilih menerima didikan serta mendapat teguran direct daripada Allah s.w.t. Bukankah ini tanda kasih sayangnya terhadap kita? Apakah lagi yang lebih berharga selain daripada redha dan kasih sayang Allah?

Kau Curang Lagi Rupanya Part 2..

| | 0 comments |
Tetiba kalau baca tajuk thread aku kali ni dah part 2.. sapa yg sengal-sengal ubi mesti terpikir mana datangnya part 1, lg sengal kelapa sawit kalau yg belek2 blog aku ni nak cari kisah ni part 1.. al kisah aku ni dah letih la ngan perangai si polan ni.. lepas satu-satu dia buat hal..  

sebelum ni aku just lepaskan perasaan kat wall FB dan akhirnya ianya berlalu bak angin kat wall tu dan pastu xde apa2.. tapi perangai si polan ni bukan lah seperti angin yang akhirnya berlalu.. tapi dah macam angin kentut.. sakit perut je kuar angin.. busuk plak tu.. sakit hati je.. kalau ikutkan amarah yang sedang marah ni.. mau aku nak bertumbuk.. kalah menang tak kira la, janji puas hati.. tapi nasib baik lah aku ni seorang yang mengutamakn kedamaian dan keamanan sejagat, aku ketepikan budaya israel tu.. 

pernah tak korunk terfikir sebab apa la lelaki ni curang? sebab bini dah tak cantik ke? bini dah hilang cutting ke? bini dah x best lg ke? bini sibuk ke? bini bau jamu atau petai?anak terlalu banyak?tekanan kat rumah?tak tahan kena goda dek perempuan lain?saja suka2 ke?..

majoriti tu antara alasan2 yang sering di kemukakan oleh lelaki kenapa mereka curang.. kadang bila baca thread aku ni, kaum lelaki mesti kata.. "ala pempuan pun ada yang curang juga la.. apa cer!!".. memang la.. aku tak nafikan, tapi semua ni pada aku satu je.. yg ada kat dalam hati kita.. iaitu nafsu, apa sahaja punca blakunya kejahatan kat dunia ni berpunca dari nafsu kita, kedua baru syaitan.. syaitan ni dia kejenya menghasut dan mendorong je.. iman dan akal kita ni lah yang memandu dan mengawal nafsu kita dari di hasut oleh syaitan durjana..

itu apa yang aku baca la dari tazkirah2 ustaz mengenai penyakit hati, lepas tu aku ada terbaca juga rawatlah hati kita, buang titik hitam, supaya bukan nafsu yang lagi beraja di hati.. kadang bila kita cakap memang nampak senang.. nak buat setakat sehari dua memang senang, tapi nak kekalkan dia tu yang susah.. banyak sangat dugaan, apapun prinsip aku jangan pernah putus asa dan mengalah..


gagal bukan bermakna terhentinya langkah.. tetapi gagal bermakna terus melangkah.. perlahan atau laju, itu bukannya ukuran selagi kita masih gagah melangkah.. jihad dalam diri.. hidup kena ada pegangan.. jadi sebagai orang islam, agama Allah lah pegangan kita.. hanya Allah sahaja yang boleh bawa kita ke kehidupan yang lebih sempurna.. aku ni bukanlah baguuuuiihhh sgt na.. tp apa yang aku tulis ni aku buat peringatan untuk diri aku.. sebab bila aku tetiba rasa lost je.. blog ni la jadi tatapan aku.. 
buat masa ni banyak la plan untuk aku merawat hati ni, cuma malas nak gebang dulu kat sini, sebab takut tak jadi.. biar Allah dan aku je la yang tahu.. apapun di puasa yang ke 16 ni.. Allah bukakan pintu pengampunanNya kepada kita selama 10 hari kedua ramadhan ini, semoga kita mendapat sebanyak mungkin pengampunan dari Nya.. Salam Ramadhan ya sahabat.. muah.. 

Jatuh cinta itu seronok~~

| | 0 comments |
Sebab apa bila kita jatuh cinta seronok ye? bila kita jatuh cinta kita jadi semangat.. benda yg sebelum ni rasa lemau pun kita boleh jadi semangat kerana cinta..

itu la hebat nya cinta.. mampu mengaktifkan banyak perkara positif dalam diri.. tapi paham-paham lah kalau putus cinta, terus banyak aura negatif melanda diri...

apapun hidup mesti bahagia, selagi ada cinta selagi itu kita mesti nikmati, yang penting utamakn yang utama, sebagai seorang muslim.. cinta pada Allah dan Rasullullah tetap no 1, barulah pada keluarga,buah hati dan kawan-kawan semua..

seronok hidup ni kalau kita sentiasa letakkan cinta dalam semua perkara, orang yang berada di sekeliling kita pun akan rasa aura cinta yang kita bawa, begitu juga sebaliknya.. sebab tu salah satu terapi streess aku sekarang ni adalah mencintai seadanya.. syukur bila diri di cintai dan di sayangi.. dan sangat menghargai cinta yang hadir dalam diri.. terima kasih cinta~~


p/s: kerana cinta tetiba plak aku update blog ni.. ekekek.. oh cinta~~(angau kah aku ni?)