Diet cara Rasullullah S.A.W..

| Monday, March 21, 2011 | 0 comments |
Menurut kajian yang telah dibuat,kebanyakan penyakit yang datang adalah berpunca daripada makanan.Pemakanan yang tidak mengikut garis panduan yang betul sememangnya akan mengundang pelbagai jenis penyakit.

Hal inilah antara penyebab terjadinya berbagai penyakit seperti  penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.
Sebagai umat Islam,kita seharusnya mencontohi rahsia diet yang diamalkan oleh Rasullulah. Baginda begitu mengambil berat akan soal pemakanan bagi menjamin kesihatan baginda dalam melakukan ibadat kepada Allah.

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayat baginda kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. 
Sesungguhnya makan juga tergolong dalam ibadat.

Antara diet yang diamalkan oleh Rasulullah adalah:
a)     Jangan makan DAGING bersama IKAN

b)     Jangan makan IKAN bersama SUSU

c)     Jangan makan IKAN bersama TELUR

d)     Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

e)     Jangan minum SUSU bersama CUKA

f)      Jangan minum SUSU bersama DAGING

g)     Jangan makan BUAH bersama SUSU CONTOH :- KOKTEL

h)     Jangan makan AYAM bersama SUSU

ANTARA TIPS CARA MAKAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH:
  • Jangan makan buah setelah makan nasi , sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
  • Jangan sesekali tinggal makan malam .. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan mempercepatkan kita  mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam terkandung ion positif  sedangkan dalam ikan pula mengandung ion negatif, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
  • Selain itu juga,Nabi juga turut mencegah seseorang itu meniup air yang panas.Menurut para ilmuan,molekul karbon dioksida (CO2) yang dihembus ke dalam molekul air (H2O) akan membentuk asid (CH2O3) yang boleh membahayakan kesihatan.
Berikut adalah beberapa garis panduan yang dinyatakan dalam Al-Quran dalam mengekalkan kesihatan kita.Antaranya ialah:
  • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan  kurus dan tak gemuk.
  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air yang berisi ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah yang mengandungi oksigen akan mengalir ke ruang tersebut.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari-jari  tersebut. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis bahan yang membantu percernaan makanan)
Wassalam…
*Semoga kita dapat mencontohi amalan pemakanan Rasullulah dalam mengekalkan kesihatan kita seterusnya dapat meningkatkan kualiti ibadat kita seharian. Badan yang sihat sudah tentu membolehkan kita  beribadat kepada Allah dengan sempurna. Apa yang penting ialah kita semua dapat mengamalkan sunnah Rasullullah ini yang sering kali dilupakan oleh sesetengah umat baginda.Kami sentiasa MENYAYANGIMu Ya Rasullullah.Jangan lupe berkongsi post ini bersama rakan-rakan kita yang lain yer :-)


Kalau aku dah membebel....

| Saturday, March 19, 2011 | 0 comments |
Intan Sabah

last monday..aku cek in kat intan untuk menghadiri kursus Khidmat Pelanggan yang Berbudi Bahasa di Intan Sabah, biasa lah penjawat awam macam aku yg baru berkhidmat ni. kenalah pergi kursus-kursus untuk memantapkan lagi perkhidmatan, so macam-macam lah yang aku belajar di sana, tetapi apa yang buat sedikit merasa kekesalan di hati ialah semasa hari penutupan kursus tersebut, niat di hati ni hanya memberi ulasan sekadar pandangan untuk penambahbaikan, ternyata ada sesetengah tu yang terlalu sensitif sehingga tidak dapat menerima kesilapan. Ya!!...memang saya dari semenanjung, tapi tak bermakna saya tak paham slang Sabah, komen saya berikan amat mudah.. supaya ada seorang trainer itu dapat meningkatkan lagi segi penyampaian supaya penjelasan yang di berikan akan lebih menarik dan dapat di fahami, tetapi ulasan tersebut telah di nilai kerana saya orang semenanjung dan saya tidak memahami apa yang di terangkan...

kalau ada yang ngantuk dan buat2 telefon tu faham2 la ye...
di kesempatan ini saya memuji trainer intan yang lain, gaya penyampaian yang bertenaga dan menarik walaupun kepekatan slangnya, tetapi membuatkan peserta lain tidak mudah melupakan apa yang di ajar, tetapi kalau syok sendiri, peserta dah terhangguk-hangguk mendengar pun buat tak reti dan ala-ala pensyarah di Howard University yang hanya datang untuk menghabiskan chapter yang perlu di ajar, ianya amat tidak mendatangkan hasil. Pada saya kalau anda mengajar apa itu komunikasi berkesan, yang penting bagaimanakah anda memastikan komunikasi anda berkesan, tidak di nafikan anda boleh berkomunikasi dengan baik..tetapi kesannya selepas itu yang perlu di fikirkan, 
kalau ada yang asyik nak kuar p toilet tu pun paham2 la ye...
anda mengatakan mendengar adalah aspek dalam komunikasi yang paling penting..tetapi anda lupa jika kita berkomunikasi apa yang penting adalah kita menyampaikan sesuatu, jika apa yang di sampaikan tidak di dengari maknanya komunkasi yang anda gunakan tidak berkesan. Anda mengajar apa itu bahasa tubuh tetapi anda sendiri tidak peka dengan bahasa tubuh peserta-peserta yang bosan mendengar celoteh anda, sampai orang keluar ke toilet melebihi 3-4 orang dalam satu masa, jika anda dapat menilai bahawa betapa bosannya orang mendengar ceramah anda, anda sepatutnya mengunakan pendekatan lain supaya fokus peserta tidak hilang dan apa yang nak di sampaikan dapat di terima sebaiknya.
kalau ada yang dah 18 kali menguap pun tak paham ke?
apabila kita ingin mengkritik dengan tujuan untuk penambahbaikan, peserta di ingatkan pula supaya jangan kritik yang melampau kerana laporan tersebut akan di hantar terus ke HQ...patut ke anda mengingatkan sebegini kepada peserta kursus? jika anda melakukan tugas dengan baik, anda pasti tidak risau kemana pun laporan peserta itu akan di hantar waima ke KSN atau PM sekalipun, ada pula yang berkata akan di 'ban' dari senarai peserta jika memohon kursus yang akan datang...sungguh menyedihkan jika ini berlaku. Kesannya adalah kepada perkhidmatan awam di masa akan datang jika sebegini lah sikap segelintir penjawat awam..

kalau ada yg dah asyik tgk hp main mcg tak faham juga ke?
Apabila kita mengkritik, seperti sudah menjadi tradisi di pulangkan pula paku buah keras, di baling kan kritikan itu kepada muka kita dengan menyatakan bahawa kita juga tidak sempurna dan ada melakukan kesilapan. Ya!! memang benar, tiada yang sempurna, tetapi di sini sejauhmana kita mengaku kesilapan dan mengubahnya menjadi lebih baik..Sebeginikah pemikiran individu yang di tugaskan untuk melatih penjawat awam negara? walaupun motto anda adalah sentiasa di hadapan, tetapi jangan lupa kalau di hadapan pasti akan ada di belakang, peserta datang dengan niat mendapat ilmu yang baik untuk menjadi penjawat awam yang lebih baik, bukan untuk menyakitkan hati sesiapa, tetapi jika kedatangan peserta di tafsir sebagai menyusahkan dek kritikan, baik berhentilah dari melakukan kerja yang sia-sia.
kalau orang suka kita boleh tgk gelagatnya..
Bukan hendak mendabik dada atau menunjuk pandainya, seperti budak baru belajar, kami mengharapkan khidmat yang lebih baik, seperti pelanggan-pelanggan lain yang datang berurusan di pejabat kerajaan, mahukan yang terbaik sekurang-kurangnya mencapai kepuasan seminimun yang mungkin...anyway no offend and no hard feeling, in politics, ada kerajaan ada pihak pembangkang, masing-masing mengimbangi untuk masa depan negara yang lebih baik...begitu juga dengan kita...saling mengimbangi...bye~~~~

Remember one thing..no hard feeling k..peace!!




Tolong ingatkan hati ku...

| Wednesday, March 16, 2011 | 0 comments |
Siapakah orang yang sibuk? 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? 
Orang yg kedekut ialah org yg membiar tanpa mepmbaca pos ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

buat lelaki yang hensem dan tak hensem..ikutlah tafsiran korunk macam mana...

| Monday, March 14, 2011 | 0 comments |
wahai kaum-kaum adam termasuk lah aku..korunk hensem atau tak tu semua tak yah lah nak amek port sangat k... setiap apa yang tuhan cipta tu ada hikmahnya.. jadi kita ni kena sentiasa mencari kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri kita untuk buat kita maju ke depan..so jom kita layan pepatah yang sesuai untuk lelaki...

hensem x semestinya macam beckham..stereotaip sgt..byk lg spises lain yg ensem..

DONT JUDGE THE BOOK BY ITS COVER
1. Jangan putus asa, tidak semua orang menilai manusia dari fizikalnya, boleh juga dinilai dari rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpanannya ^^


LIKE FATHER LIKE SON
2. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem, salahkanlah orang tua, kerana hensem itu keturunan.. betul tak??


THE BEAUTY IS UNDER THE SKIN
3. Perbaiki kecantikan dalaman anda, itu kalau anda merasa sisi luar anda memang hampeh.


NO GAIN WITHOUT PAIN
4. Jgn sakit hati kalau dikatakan tak hensem, buat bodo jer, ingat film Beauty and The Beast kan?


yang penting korunk kena bangga mcm superman dgn apa yg korunk ada...


JUST BE YOURSELF
5. Jadilah diri anda sendiri, kalau anda tak hensem, bersyukurlah. Mungkin kalau anda hensem anda akan banyak dosa..


THE TRUTH IS OUT THERE
6. Kalau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati, penilaian manusia tidak selalu benar (mungkin anda sebenarnya lebih tak hensem lagi huhu)

THE RIGHT MAN IN THE WRONG PLACE
7. Yang cakap – tak hensem itu bergantung kepada alam sekitar anda,misalnya anda disini tak hensem tapi di Afrika boleh jadi paling hensem tu bro, so pindah ke sana jer hehehehe
LOVE IS BLIND

8. Cinta tidak memandang hensem atau tak hensem. Tak percaya? Tanyakan perkara ini kepada orang yang tak hensem…
dan tolong lah jangan korunk lelaki nangeh2 meratapi kononnya knp la korunk ni x ensom...
so..walaupun ayat-ayat ni nampak macam nak sedapkan hati..tp ko percayalah..hensem mcm mana pun org tu..tapi kalau hati busuk..perangai macam binatang pun tak guna..memang la perangai boleh berubah..muka tak boleh berubah..tapi pecayalah..nafsu dan hati kita ni kekadang di butakan oleh perasaan kita sendiri.. bila kita jatuh cinta..orang yg kita sayang tu la paling cantik/hensoom di dunia...tapi bila kita dah benci kat seseorang tu..org tu la yang kita pandang paling hodoh walaupun muka dia saling tak tumpah maca siti nurhaliza mahupun aaron aziz..sebab apa..bila kita tahu perangai buruk seseorang tu..terus kita x nampak kecantikan dia..(kecuali bagi yg buta hati la..uhuhuh)...apapun macammana pun fizikal kita..kita sendiri yang berhak menilai..apa yang orang cakap sekadar pandangan orang..padulik la kan...janji kita bersih..kemas..tak serabut..tak selekeh..tak pemalas..x menyakitkan hati orang..insya Allah..tetap juga ko di pandang hensem oleh org yg jujur menilai..wallahualam...layan~~


Bosan tak...?aku p la google..jumpa satu blog cadang menatang ni...ahahaha

| | 0 comments |
korang mesti ada saat yang sgt bosan bila time bekerja atau dah tak tau nak buat apa kan...buka facebook pun bosan..tweeter takde org layan...layan game dh jemu..dah tak larat nak membaca ilmu atau gosip..dah tak tau sgt nak wat apa sampai rasa nak makan je pc korunk kan..jadi aku ni suka la kalau bosan je aku google..(punya la dah bosan sgt kan..)so lets find out what interesting on it..then aku jumpa satu blog yg suggest smething..mmg terbaeek jga la...cayalah tuan tanah!!..you really make me n auntie cleaner smile la with ur suggestion..ahahah..so aku pun mngunakan ilmu printscreen yg br kita belajar aritu utk berkongsi ngan awak2 semua ye..ahahah

first skali kt cni>> tolong nyanyi kuda!! game ni kita latih kuda kita masuk Akademi fantasia ye..ahahah


pastu korunk masa kecik2 kompem suka main plastic bubble kan...bila jmpa je mesti gatal je jari nak picit sampai meletup semua.. kat cni kira camtu la cma dia secara virtual la.. bole la kalau dh bosan.. >> jom picit2...

kalau bosan lagi jom klik yg ni plak..ni paling aku suka... kita di kehendaki mnggunakan kepandaian kita dan senyuman yg manis ye untuk melawan kacang yang berangan jadi ninja... kira game bunuh membunuh tp klasifikasi U k..bkn SG..ahahaha.. >>> Jom jadi pembunuh!!


dan sekarang kita teruskan pula dengan game sakat menyakat..kalau korunk ni spesis nakal macam aku yg suka sakat menyakat ni memang sesuai sgt main ni.. kita sakat teddy bear yang berusaha nak bentuk formasi..bior tak leh nak buat.. ahaha.. ok la..leh la wat senyum sorang2...(abis la org igt korunk gila...aahahah) >>> Jangan kacau saya!!!


nak lagi??..ahahah..kalau sampai sini korunk tetap maintain melayan game2 yg di cadang.. kompom korunk mmg bosan tahap langit ke tujuh..x pe2..ni satu lagi game yg sangat menguji kesabaran korunk terutama waktu korunk bosan2 ni kan... game ni memerlukan korunk duduk dgn melihat game ini sambil mendengar arahan dengan sangat2 focus... ahahaha.. layan je ..>>> game nak jadi sabar~~


dan satu lagi adalah web d mana dia ajar kita macammna nak wat origami..so kat cni korunk boleh la belajar wat burung..wat kapal terbang..orang..bunga..apa2 je la...aku pun tak bape nak minat..tak tahu la kalau korunk minat..sebab bosan camna pun aku..aku memang tak nak buat seni2 sampah ni..ahaha..tapi kalau korunk teruja juga nak belajar origami korunk je la layan ye... ahahaha.. >>> jom lipat kertas...

so itulah antara web yg aku boleh cadang kat korunk,, boleh lah kalau nak relax2 minda jup kalau tension dgn kerja atau bos korunk.. bole lah korunk menguloooo kejap kat game2 ni... apapun ni semua just hiburan.. jangan plak korunk seharian melayan benda-benda ni.. pada aku kalau dari pagi sampai petang korunk main game je.. baik korunk keje kat cybercafe je.. tak yah keje kat opis.. ahahahaha.. apapun majulah sukan di internet untuk negara!! ahahaha... 

p/s:sebenarnya aku pun tgh bosan ni.. x tau nak wat apa..ni semua gara2 asyik pk nasib rakyat jepun..(mcm PM jepun tak aku ni pk nasib rakyat..ahaha) uhuhuh

Tak paham pempuan ke??

| Saturday, March 12, 2011 | 0 comments |
Jika kita kata dia cantik, dikatakan cuba menggoda,
Jika kita kata dia tak berapa nak cantik, di sangka menghina
Bila kita kata dia lemah dia protes,
Bila kita kata dia perkasa dia menangis
Mahu hak sama rata, tapi apabila disuruh berdiri dalam komuter dia masam
(Sambil membebel dalam hati, apa la mamat ni tak gentleman langsung,takde perasaan)

Mahu hak sama rata , disuruh angkat beras, macam nak nangis
(Sambil membebel dalam hati,apa punya laki…kita yang kena angkat beras)
Mahu hak sama rata , tapi bila suruh kerja berat, macam nak pengsan
(Sambil membebel dalam hati,ada ker dia suruh potong rumput , habis la tangan I.)
Bila kesalahannya diingatkankan, mukanya merah …
Bila di marah mukanya merah,
Bila di sanjung mukanya merah,
Jika marah mukanya merah,
Jika ketawa suka mukanya merah
Ek eleh semua sama ? Pening!!
Di tanya ya atau tidak, jawabnya: diam
Ditanya tidak atau ya, jawabnya: diam
Ditanya ya atau ya, jawabnya: diam
Ditanya tidak atau tidak, jawabnya: diam
Bila kita diam dia pula marah ! Pening!!
Apa bila kita kata banyak mulut tersinggung,
Tapi kalau kita kata peramah suka pula … padahal sama saja maksudnya
Apa bila kita kata gemuk tak suka padahal maksud kita baguslah sihat..
Apa bila kita kata kurus suka padahal maksud kita “kenapa you menderita begini !!!!”
Itulah WANITA, makin kita pening makin dia suka …
Posted @ http://neutraldaily.blogspot.com/2011/03/makhluk-yang-buat-kita-pening.html. Just for fun, kalau bukan kerana WANITA aku tak lahir di bumi ini dan setiap lelaki ada tanggungjawab kepada WANITA samada ibu,isteri,adik perempuan dan anak.

Bersyukur..bersyukur dan bersyukur...

| | 0 comments |
bila kita mengeluh..atau dengar orang mengeluh...apa yang boleh saya cakap kat hati saya atau orang hanyalah bersyukur..bersyukur dan bersyukur...bukan apa, kita bising-bising sangat pun bukan berubah mana pun, jadi kita bersyukur saja lah dengan apa yang kita lalui...

kebelakangan ni banyak benda yang membuat aku bersyukur, antaranya adalah mendengar peristiwa tsunami yang berlaku di Jepun, banyak sebab kita harus bersyukur, walaupun merasa simpati di atas apa yang berlaku, tetapi diri ini bersyukur sebab kita tidak di beri musibah sedemikian.


tetapi setiap manusia tu aku percaya sentiasa di uji oleh Allah untuk melihat sejauhmana kita sentiasa bersyukur kepada nya, dan ujian atau dugaan tu juga penghapus kepada dosa-dosa lampau..sekarang ni aku memang sibuk sedikit dengan bebanan tugasan, macam-macam kerja kena buat dan ada sesetengah kerja tu yang jauh menyimpang daripada kebiasaan dan kepandaian ku, hakikatnya ada juga tugas yang membuat aku nak muntah sebab terlalu meloyakan hati, tetapi aku lihat ini sebagai amanah dan tanggungjawab yang harus di laksanakan...cuma ikhlaskan hati dan buat..insya Allah..tiada masalah sangat..so masa aku menulis ni..dah pun siap kerja yang aku tak minat tu, dan Alhamdulillah..sebenarnya mudah sahaja kerja tu, tetapi di sebabkan kita tidak pernah melakukannya maka ianya menjadi sukar buat kita..


selain dari itu, sejak dua tiga hari ni, hujan kerap pula melanda di bebrapa tempat, lahir juga kebimbangan di hati kalau-kalau peristiwa banjir berulang kali..tapi kita berdoa lah pada yang Esa agar tidak di beri ujian itu sekali lagi, kesian melihat orang kampung bersusah payah menghadapi banjir..betapa berat bahu mereka memikulnya, walapun musibah banjir itu tidak sekuat musibah tsunami, tetapi ianya tetap memberi kesan kepada masyarakat kita..

dan hujan juga membuat aku selalu terperangkap bila nak balik..maklumlah penunggang motosikal yang berwibawa macam aku ni, jarang sgt nak bw baju hujan p kerja.. :P apapun semua tu buat kita supaya sentiasa bersyukur... terutama dgn rahmat Allah.. dan aku suka lah nak ambil semua ni sebagai perkara positif, dan sentiasa berfikiran positif.. apa sahaja yang berlaku kita kena positif.. sebab dengan menambah nilai-nilai positif dalam diri dan minda kita sahajalah dapat membuat kita berfikir dengan lebih baik dan seterusnya menyelesaikan setiap perkara dengan lebih baik...apapun semua nya dari diri kita..dan binalah kekuatan minda dan hati kita untuk masa depan yang lebih baik.. salam sayang dari anakIbu...muahhhhh!!

p/s:kepada yang tak sihat musim-musim hujan ni.. jgn lupa jumpa doktor.. jgn asyik telan panadol je.. dan makan makanan yang berkhasiat...

Jom Belajar macam mana nak print screen!!

| Saturday, March 5, 2011 | 0 comments |
anyway aku pun baru belajar beberapa minit yang tadi dari kawan-kawan di Facebook dan rujukan kat blog ni.. http://www.viruspadu.com/ (Terima Kasih lah Kat Tuan Tanah ye atas ilmu yang berguna..) jadi sekarang ni suka nya la hati ini nak berkongsi pula kat teman-teman yang belum mempunyai pengetahuan ini.. dah jadi kebiasaan aku kalau tahu sesuatu nak juga berkongsi kat orang lain agar banyak yang tahu..

ok first step kalau kita nak print screen kita kena tahu kat mana button print screen tu dulu..


ok..dah jumpa kan...kalau tak jumpa cari sampai jumpa kat keyboard anda ye...bila dah jumpa kita teruskan dengan membuka PAINT.. (Start Menu>>All Program>>Paint)..


pastu klik paste dan save dia kat desktop....senang saja kan??...ehheheh


bila dah save...buka la balik kat desktop tu jadi kita dapatlah apa yang kita print tu..mudah sahaja kan..ini lah untungnya kalau ada kawan yang boleh membantu..janji jangan malu bertanya..bak kata orang-orang tua.. Malu bertanya sesat jalan...


dan sekarang kita dah tahu macammana nak print screen.so kalau kita nak specific kan apa yg kita nak kongsi..kita just edit sahaja print screen berkenaan dgn mengunakan crop.. cuma harus di ingat.. jangan lah kita guna ilmu macam ni untuk menfitnah/memperbodohkan atau menghina orang lain.. x baik.. Mak marah..tuhan pun Marah... so Selamat Berilmu dan Beramal!!..ehehehhe

Korang pergi kursus untuk apa??

| Friday, March 4, 2011 | 0 comments |

actually benda ni saya dapat kat satu blog ni >> http://rihanhashim.net/blog/ ....banyak benda menarik yang kita boleh membaca kat blog ni.. anyway terima kasih lah kepada tuan tanah kerana memberi ilmu yang baik.. jadi saya tertarik kepada satu entry mengenai 4 jenis niat orang pergi berkursus..kebetulan saya yang masih muda dalam kerja sekarang ni, jadi memang selalu lah kena panggil berkursus, so suka saya mengingatkan diri saya dan juga kengkawan yang suka di ingatkan tentang benda ini..

menurut pengalaman penulis blog tersebut:


(copy paste je la ye..eheheh)

Dalam salah satu training yang pernah saya hadiri, seorang trainer memulai sesi dengan berkongsi satu maklumat. Menurut beliau ada empat jenis orang yang hadir kursus.

Pertama ialah jenis pelancong. Orang ini datang hendak melihat diberi makan apa, selesa atau tidak tempat training dan apa lagi yang menarik di lokasi training itu serta kawasan persekitarannya. Biasanya orang ini cerewet sedikit tentang makan minum yang disediakan.


Kedua ialah jenis orang yang diarahkan ke kursus. Sebenarnya dia tidak berminat datang, tetapi diminta hadir oleh ketua atau majikan. Jadi dia kena datang walaupun kurang suka. Akibatnya dalam kelas, dia tidak mahu membuka mulut, malas berbincang, tidak mahu turut serta melakukan aktiviti-aktiviti bengkel atau apa-apa sahaja. Mesej non-verbalnya jelas iaitu, “Jangan ganggu saya! Anggap saya makhluk halimunan di dalam kelas ini.”

Ketiga ialah jenis pensabotaj. Orang ini suka mengacau dalam kelas. Dia suka menyampuk, memberi komen tanpa diminta dan adakalanya merendah-rendahkan pendapat trainer dan peserta kursus yang lain.


Keempat ialah jenis pelajar. Orang ini hadir ke bengkel dengan niat suci murni mahu belajar dan menimba ilmu serta kemahiran sebaik mungkin.

Saranan trainer itu, jadikan diri kita ini sebagai peserta jenis keempat apabila hadir kursus.

Etika Pengurusan Pejabat Style Jepun...Terbaeeeeek wok!!!

| Wednesday, March 2, 2011 | 0 comments |
Apa itu 5 S?

SEIRI
SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan
di tempat kerja dan membuangkannya

SEITON
SUSUN

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur
supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO
SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada
habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU
SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan
tempat kerja yang tinggi pada setiap masa


SHITSUKE
SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan
kebersihan yang baik dengan sendirinya



BAGAIMANA MELAKSANAKAN
SISIH
Benda ni nampak je macam memeningkan kepala tapi hakikatnya ianya adalah untuk mendisiplinkan diri kita supaya sentiasa bersistem dan menjaga kebersihan. Sisih ni ialah dengan cara mengasingkan bahan yang di perlukan atau tidak di perlukan. Barang yang di perlukan kita kena nilai sama ada ianya selalu di gunakan, kadang-kadang ataupun jarang-jarang di gunakan. So barang ini hendaklah di simpan mengikut nilai penggunaannya. Manakala Barang yang tidak di perlukan pula seperti barang yang tiada nilai dan senang di buang, barang yang boleh di jual/pakai dan tidak di gunakan lagi atau barang yang tiada nilai tetapi memerlukan kos untuk di lupuskan. Jadi barang yang tidak di perlukan ini perlulah di gred kan sama ada perlu di buang serta merta (jika ianya melibatkan isu keselamatan) atau di beri notis dalam masa 7 hari hingga ke 90 hari bergantung sejauhmana barang tersebut boleh di lupuskan secepat yang mungkin. Pengredan ini hendaklah di lakukan dengan sistem 'Red Tag' atau notis mudah yang di lekatkan di barang tersebut yang mengandungi siapa pemeriksa dan penilai, tindakan yang patut di ambil dan juga nilai serta tahap gred keperluan untuk seberapa mungkin di lupuskan serta tindakan untuk mengurangkan kos atau jalan yang paling selamat dan mudah.

LANGKAH-LANGKAH YANG
HARUS DIAMBIL UNTUK
SEIRI

Gunakan Kad Notis Pembuangan
Pertama sekali, kenalpasti barang-barang yang kelihatan tidakKemudian tampalkan Kad Notis Pembuangan (Disposal Notice Card) (Red Tag)

Di penghujung masa yang ditetapkan (misalnya 1 atau 2 bulan
selepas penampalan notis itu), kad tersebut diteliti semula untuk
melihat samada sesiapa yang mempunyai keperluan untuk
menyimpan barangan tersebut.

Adalah disarankan agar pendekatan ini digunakan secara meluas
di sesuatu jabatan itu dan melibatkan semua kakitangan di setiap
peringkat.


BAGAIMANA SUSUN DI TEMPAT 
KERJA ANDA?

Susun pula ialah melibatkan barang yang di perlukan dan mengikut nilai seberapa kerap ia di gunakan. Jika barang yang selalu di gunakan hendaklah di susun di tempat yang senang di ambil dan senang di simpan kembali. Begitu juga barang yang kadangkala di gunakan atau barang yang tidak di gunakan tetapi mesti di simpan. Barang-barang sebegini mestilah di simpan di dalam stor dengan tag pengenalan yang jelas.

Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.Semua tempat dokumen atau barang diberi label.Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

BAGAIMANA SAPU DI TEMPAT 
KERJA ANDA?

Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan. Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan.Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan.Buat dengan kerjasama semua kakitangan.Jadi organise jadual bertugas pembersihan setiap hari dan semua orang terlibat supaya masing-masing sedar bahawa menjaga kebersihan itu adalah tanggungjawab bersama.

BAGAIMANA SERAGAM DI TEMPAT 
KERJA ANDA?
 

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.

BAGAIMANA SENTIASA AMAL DI TEMPAT 
KERJA ANDA?

Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati. Jadi sentiasalah amalkan apa yang baik buat kita. Dan apabila proses ini sentiasa di kitar semula pelbagai faedah yang dapat kita perolehi dari nya.

Mengapa Perlu 5S?

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.

Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.



Objektif Utama Program 5S

 Membina budaya Kaizen di tempat kerja

 Membina kerjasama melalui penyertaan semua

 Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia

 Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju
Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:

Pendekatan Kaizen
Pendekatan Inovasi
Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya : 

Mengamalkan budaya kerja 5S

Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S

Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S

Meluangkan masa untuk 5S
Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa

Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan