Anjing dan Tulang babi...

| Thursday, January 20, 2011 | 2 comments |
arini pengalaman baru aku kutip sepanjang dua tahun berada di perantauan ni...so akhir-akhir ni byk sikit kerja nak di buat..maklumlah dah dekat big event..kena la rajin jumpa rakyat jelata..ahahha..so hari ini aku decide nak masuk kampung di kawasan jauh dari pekan, memang kira lepas je kejadian petang tadi aku terus tergelak-gelak dengan opis mate aku otw balik.. kami di tugaskan untuk melakukan kajian tentang permasalahan yang berlaku di kampung, jadi responden di pilih berdasarkan apa yang di minta..sampai di satu kampung ni, saya terus pergi ke kedai minuman yang berdekatan dan berjumpa dengan pemiliknya..

saya memaklumkan kepada dia yang saya nak menemuramah dia..dia pun ajak kami masuk kerumah dia yang terletak bersebelahan kedai minuman tu, mula saya dah perasan di kedai dia, ada di jual sinalau bakas(babi hutan salai), tapi saya tak amik port sangat..bila saya buka kasut dan masuk kerumah dia..alangkah terkejutnya saya ada lebih kurang 5-6 ekor anjing tengah bergelimpangan di tengah rumah sambil mengigit tulang-tulang bakas tersebut, saya pandang opismate saya yang telah pun berundur dan tak jadi buka kasut, dan terus dia menyatakan hendak pergi ke rumah jiran pakcik tersebut, dalam hati saya..alamak dia ni, apa saya nak buat ni... jadi saya tak nak mengecewakan hati tuan rumah tersebut yang nampak baik dan mungkin tidak sedar betapa sensitifnya saya mengenai hal anjing dan tulang tersebut terus saya selumber duduk di kerusi yang di sediakan,

saya buat muka tak besalah walaupun dalam hati hanya tuhan saja yang tahu..saya pun terus memulakan tugas menemuramah pakcik tersebut, dalam masa yang sama anjing2 tersebut sibuk juga bergelimpangan di bawah kerusi saya duduk dengan tulang di mulutnya..memang saya akui anjing tersebut terkena pada seluar dan stokin saya, termasuklah tulang tersebut, tapi saya rilex je sebab saya ingatkan diri saya yang benda-benda tu hanyalah najis dan boleh di basuh dengan basuhan air tanah dan air bersih.. niat saya cuma saya tak nak tuan rumah merasakan kurarng selesa dengan tindakan saya yang menolak perihal anjing dan tulang tersebut,

bila saya terfikir balik, saya silap juga sebab tak menjelaskan perkara sebenar kpd tuan rumah tersebut..opis mate saya pula berseloroh dengan saya, "tu la kau muka macam cina, dia ingat kau tak kisah..pastu kau senyap je..mana dia nak halau anjing2 tu..."...hurm..saya cuma terkejut dan tak tahu nak buat apa..jadi saya buat tak tahu je la... balik sya terus buka seluar, stokin dan kasut lalu di asingkan untuk di basuh dengan air tanah dan basuhan air mutlak, apapun ini saya anggap ujian dan saya menempuhnya dengan penuh berhemah supaya tiada pihak yang terasa...

Pemikiran kritis buat remaja...

| Wednesday, January 19, 2011 | 0 comments |
ISTILAH kritikal berasal dari perkataan Greek kritikos yang bermaksud judge atau menghakimi atau mengadili. Dalam tradisi orang-orang Greek dan Yunani, ia melahirkan pemikir-pemikir yang amat kritikal terhadap sesuatu subjek dan akhirnya menjadi ahli falsafah yang terkenal.

Berfikir secara kritikal membimbing pemikir ke arah kebenaran. Puncak kepada berfikir menemukan manusia mengenai kebenaran. Proses berfikir kritikal membolehkan seseorang membezakan yang benar dengan yang salah, yang buruk dengan yang baik, yang bermanfaat dan bermusibat, yang memberi faedah atau mendatangkan padah dan sebagainya. Sudah tentu asas yang memberikan kemampuan seseorang berfikir kritikal ialah ilmu, maklumat, pengalaman, pertukaran pandangan dan dalam tradisi Islam diakhiri dengan hikmah. Hikmahlah merupakan jalan terbaik membimbing manusia menemui kebenaran.

Para remaja adalah kelompok yang terbaik dilatih untuk berfikir kritikal. Kemajuan ilmu dan pemikiran atau idea bergantung kepada wujudnya suasana yang mengizinkan pemikiran kritikal berlaku. Apalagi untuk melahirkan modal insan yang berkualiti kemahiran berfikir secara kritikal adalah amat dituntut. Remaja bakal menjadi dewasa dan bakal memegang teraju kepimpinan dan pengurusan ilmu, sistem dan negara pada masa depan.
Amat penting remaja hari ini dididik dengan kemahiran berfikir yang kritikal supaya jenis cabaran yang dinamik berubah tidak menjadikan remaja gelabah untuk mencari arah diri dan arah tujuan dalam mengurus manusia dan kemanusiaan.

Di zaman pasca moden ini faham anarki (ketidakaturan) berkembang pesat dalam pemikiran, kesenian, bahasa, kebudayaan malah gaya hidup manusia. Globalisasi yang datang menjadi pemangkin terhadap jalur anarki. Kemajuan sains dan teknologi menyebabkan faham anarki semakin mengukuh dengan melebarkan jaringan komunikasi dan telekomunikasi dan akhirnya membentuk suatu budaya popular yang menghubungkan sesuatu dengan konsep realiti.
Konsep realiti sudah mula menolak jalur tradisi dan akhirnya bakal menjinjing manusia kepada kesamaran hala tuju hidup.

Untuk menjadikan remaja berfikir secara kritikal, pemahaman terhadap tradisi perlu kukuh, asas ilmu harus teguh, sikap terbuka terhadap perbezaan perlu ada, ketelitian terhadap fakta dan data perlu wujud. Kesediaan diri untuk dikritik dan mengkritik juga perlu ada. Tanpa asas ini pemikiran kritikal tidak akan berkembang. Pemikiran kritikal memandu remaja berfikir secara teliti, analitikal dan berupaya memberikan hujah-hujah yang baik dan bernas apabila fakta itu didapati tidak benar atau diolah dengan dangkal atau tidak berasaskan maklumat yang sahih dan jitu.

Perubahan

Menghadapi perubahan ruang dan waktu, para remaja tidak harus mengambil sikap menolak tradisi. Tradisi adalah mata rantai yang membangun tamadun. Kemajuan yang dicapai pada hari ini adalah hasil adanya tradisi berfikir dan berilmu yang menjadi tapak atau titik-tolak keunggulan ilmu pada masa lalu. Tidak mungkin apa yang akan berlaku pada masa depan tanpa tapaknya terbina di hari ini. Pemahaman terhadap tradisi ialah sesuatu yang berkesinambungan. Asas-asas yang baik dijadikan teladan dan mengembangkan budaya hidup yang beradab dan subur dengan nilai kemanusiaan.
Kemahiran yang perlu ada pada remaja di samping memahami dan menghargai tradisi ialah mengurus perubahan.

Dalam Islam yang berubah itu ialah bentuk atau sesuatu yang dikaitkan dengan kemajuan alat. Fitrah kehidupan tetap sama. Sejak zaman Nabi Adam sehinggalah ke zaman Nabi Nuh, Lut, Isa, Musa dan Nabi Muhammad dua perkara yang menjadi asas kecenderungan manusia iaitu sama ada manusia kekal berada dalam fitrah atau manusia yang melampaui batas fitrah. Alat yang digunakan dengan maksud yang baik bakal mengukuhkan fitrah manusia tetapi alat yang digunakan untuk maksud yang tidak baik boleh merosakkan fitrah manusia yang asalnya baik. Risalah nubuwah atau keNabian bermaksud mengajak manusia kembali dan kekal dalam keadaan fitrah. Manusia diberikan pedoman mengenai alam nyata dan alam ghaib, mengenai yang dicipta dan Pencipta, hubungan yang dicipta dengan persekitarannya supaya kebenaran yang hakiki menjadi asas membangunkan manusia dalam keadaan yang fitrah.

Sebagai remaja Islam, asas ilmu Mengurus Diri dan asas ilmu Mengurus Sistem perlu kukuh. Serangan fahaman sekular dan liberal masa kini boleh menjerumuskan kecenderungan kritikal kepada faham anarki. Banyak masalah kehidupan yang dialami oleh orang Barat yang berkembang hasil penolakan mereka terhadap hidup yang fitrah. Isu-isu seperti hak asasi, gender, feminisme dan pandangan terhadap agama lahir kerana asas berfikir mereka tidak lagi dipedoman oleh agama. Agama bagi mereka tidak relevan dan menganggap ‘Tuhan sudah mati’.

Sebahagian remaja dan dewasa apabila terdedah dengan orientasi ilmu Barat yang menolak agama, tiba-tiba menjadi ‘orientalis baru’ yang mengkritik asas keagamaan yang dianut oleh orang-orang terdahulu mahupun orang-orang terkini. Menghubungkan sesuatu dari Barat sebagai maju dan mengaitkan sesuatu yang datang dari agama sebagai kolot tidak datang dari daya kritis yang baik. Kalau begitu apa asas yang menyebabkan tamadun Islam berkembang berabad-abad sehingga Barat terhutang ilmu kepada Islam.
Hari ini, umat Islam menjadi pengguna kepada ilmu dan teknologi Barat.
Kemunduran umat Islam pada hari ini secara kritisnya berpunca dari renggangnya hubungan umara (pemimpin) dengan ulama' atau ilmuan. Umara' atau kepimpinan kini cenderung menjadikan Barat sebagai model terbaik dalam pembangunan dan kemajuan dan kurang cenderung memperkasa tamadun sendiri. Sebahagian besar ulama memiliki keupayaan yang baik mengenai ilmu Mengurus Diri tetapi amat kurang kepakaran dalam Ilmu Mengurus Sistem. Akhirnya dikotomi umara dan ulama melahirkan konflik yang bakal memberi kesan terhadap kesatuan umat.

Kedua, ilmu yang diteroka oleh generasi muda Islam tidak sifatnya integratif. Falsafah dan etika ilmu Mengurus Sistem tersisih dengan nilai-nilai murni Ilmu Mengurus Diri. Ia menyebabkan konflik keilmuan yang berterusan dan merugikan. Ketiga, tradisi tadabbur atau penyelidikan tidak berkembang, menyebabkan tidak lahirnya penemuan-penemuan dan karya-karya besar untuk dijadikan rujukan umat. Keempat kegagalan menjambatani tradisi turath atau menghayati kitab-kitab lama dengan metodologi baru dalam karya-karya terkini yang menyebabkan karya-karya terkini lebih dominan menguasai minda remaja dan generasi baru.

Bersikap kritis terhadap ajaran dan pengajaran dalam tradisi Islam tidaklah ditolak dan bersikap kritis terhadap watak umat Islam memang dialu-alukan. Tetapi kritis terhadap kebekuan dan tidak berkembangnya ilmu Islam bukan bermakna ajaran Islam itu tidak berdaya maju. Bersikap kritis kepada amalan umat Islam adalah perlu. Tidak semua amalan yang berlaku sama ada dalam proses pengilmuan dan kehidupan selari dengan ajaran Islam.
Oleh itu para remaja hari ini harus mempunyai daya kritis yang tinggi supaya dinamika agama dan kehidupan sentiasa seiring. Mengkritik kelemahan umat Islam tidak semestinya menolak kepentingan agama dalam kehidupan. Ada sebab-sebab lain yang menyebabkannya lemah. Ajaran agama memerlukan penyegaran dan penjernihan kembali. Ia tidak bermakna remaja Islam menolak prinsip-prinsip asasi yang ada pada Islam baik akidah, ibadah, mualamal, syariah dan sebagainya. Tetapi upaya kritis itu hendaklah mampu menjadikan prinsip dan ajaran Islam sesuatu yang hidup dan terus mampu mempedoman zaman dan memacu perubahan. Inilah asas pemikiran kritis yang harus disuburkan oleh remaja.

- PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor.
*Bicara Agama, Utusan Malaysia, 15 Julai 2006



AnakIbu:ingat dulu masa sekolah,ustazah pernah berkata,  ‘wasatiah’ atau keseimbangan dalam segala hal, perkara dunia mahupun akhirat, termasuk lah dalam gaya kita berfikir.. hurm..apapun asas agama kena kuat dalam diri kita..AnakIbu berharap dapat memperkukuhkan lagi ilmu agama dan ilmu sosial manusia dalam diri ini..amin.

Mewah Bahasa: Ikan katam Oleh Prof Madya Dr Nor Hisham Osman

| | 0 comments |

PADA satu ahad, lima dara rakan serumah berpakat masak bersama untuk makan tengah hari. Liza ditugaskan untuk pergi ke pasar membeli keperluan .... 

LizaNak pergi pasar ni, ... ada apa-apa permintaan istimewa dari korang semua?

AiedaCari ikan la ....

RosIkan? Eh, korang tak nak makan ayam ke, daging ke? 

AiedaAyam?! Dah muaklah, dah jemu! Hari-hari dok makan ayam, daging je. Makan kat kedai tu ... menu yang banyak ayam dengan daging aje. 

AhnaBetul tu! Aku pun dah muak makan ayam dan daging ni ... kalau kat kedai, ayamg ngan daging ni murah daripada ikan! 

JaiBetul, betul, betul! ... Aku setuju sesangat tu!! Liza, kau cari ikan yang boleh panggang ... nanti aku buat sambal cicah budu. Fuhh!! Dah kecor liur nih!! 
LizaOk! Aku cari terubuk ke, cencaru ke ... tapi aku rasa kalau nak sedap lagi, pari dengan keli! Amacam?? 

JaiPari dengan keli tu aku setuju sesangat!! 

AiedaTapi ... carilah ikan yang boleh buat kari juga yek?! 

LizaBuat kari? Isy anak mami ni tak lekang dengan kari! 

AiedaMesti la ... walau ke mana aku merantau, kari tetap di hati!! Ha! jangan lupa tomato dengan bendi. Dah lama tak makan gulai kari ikan campur tomato dan bendi yang masak sendiri. Tambah pulak dengan ikan bakar cicah budu. Fuh!! Mentua lalu pun tak nampak nanti nih!!. 

LizaMemanglah tak nampak, sebab kau tu mana ada mentua! He! he! he! .... 

AiedaHey! Jangan ketawa tau, jangan terkejut kalau nanti antara kita ni .... aku yang paling cepat dapat mentua tau! Ni anak mamilah, hidung macam Hindustan!! 

LizaKih! Kih! Kih! ... macam-macamlah kau ni Aieda, tak mau mengalah langsung! Eh! Kalau ya pun, bagi taulah apa ikan yang kau nak untuk buat kari tu, boleh aku beli nanti. 

AiedaApa-apa pun tak apa, tapi kalau dapat yang katam .... 

LizaYang katam? 

AiedaHa la ... yang dah katam! 

LizaMacam mana nak tau ikan tu katam ke idak? 

AiedaEh! Itupun tak tau ke?? Tengoklah ... kalau yang katam, nampaklah dah katam!! Tapi kena pergi awal le, kalau lambat nanti habis pulak ... nanti tinggal temenung dengan jerut je! Pergi la cepat .... 

Liza: Aku tau lah! Nak pergilah ni ... tapi aku masih musykil lagi ni .... 

JaiMusykil apa lagi? Duit aku dah bagi tadi kan?! Tak cukup ke? 

LizaBukan masalah duit! Kalau duit kau bagi tu tak cukup ... aku tambahlah! Tapi ni, ... tentang ikan katam nih! 
JaiKenapa pulak? 

Liza: Ni ha ... kan ke si Aieda ni minta aku beli ikan katam? Yang jadi musykilnya, ... macam mana nak tau ikan tu dah katam ke belum? Ikan tu mengaji Quran ke? Macam mana cara ikan ni mengaji? Sama dengan kita juga ke? Tapi setahu akulah syariat Islam ni turun pada manusia dan jin aje, ikan tak ada pulak. Ada ke ikan yang Islamnya? 

Aieda
Eh! Kau merapu apa ni? Ikan mana ada agama ... binatang tu, tak ada agamalah!! 

LizaHabis tu ... kau yang kata nak ikan yang dah katam, kan?! Yang mengaji le yang akan katam, yang mengaji tu yang Islam le .... 

AeidaHa! Ha! Ha! Pandai kau buat lawak! 

Liza: Lawak apanya?! Aku betul-betul tak tau ni, macam mana nak beli kalau tak tau ... ikan apa yang kau nak sebenarnya? Cepatlah bagi tau, nanti hari tinggi ikan pun habis! 

AiedaKau belikah ikan apa-apa pun, tenggiri ke, jenahak ke, merah ke ... asalkan yang katam, senang nak masak! 

LizaItulah kemusykilan utamanya ... macam mana nak tau tenggiri tu, jenahak tu dah katam ke belum? 

AiedaYang dah kena katam la .... 

Liza: Katam tu apa? Katam Quran ke? 

AiedaLaa ... tak tau ka? Aku ingat kau tau tadi ... sori la! Ikan katam tu ikan besar yang dijual dah siap potong-potong. Macam ikan tenggiri tu ... dah siap potong tebal seinci-seinci! 

LizaLaa ... ikan potong ke?! He! he! he! ... lain kali cakaplah awal-awal! Aku ingatkan tadi ikan ada yang mengaji Quran sampai katam. 

JaiKih! Kih! Kih! .... Nasib baik dia tak beli ular katam tebu, kalau tak ... ada yang makan sup ular le ... he! he! he! 

Glosari 
Katam - potong, ruas 
Ikan katam - ikan yang telah dipotong-potong 
Khatam - 
tamat, tamat belajar, tamat mengaji Quran 

AnakIbu:ikan katam..hurm bahasa negeri mana ye yang selalu pakai?belah johor tak pernah plak dengo..hurm...

hormatilah..demi keamanan sejagat...

| | 0 comments |
Penduduk majmuk perlu hormati hak kebebasan beragama 

ISU bantahan peguam yang menghantar memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Lembah Pantai membantah laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah dianggap selesai apabila kelmarin, peguam terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua umat Islam.Tindakan peguam berkenaan mendapat bantahan seluruh umat Islam, maka wajarlah permohonan maaf dibuat kepada seluruh umat Islam di negara ini.


Azan, syiar Islam yang bermula di Madinah pada tahun pertama hijrah seperti disebut dalam hadis diriwayatkan Abdullah bin Umar semasa orang Islam mula sampai di Madinah dan berkumpul menunggu menunaikan solat tetapi tiada yang menyeru untuk bersembahyang. Maka Rasulullah SAW pada satu hari mengumpulkan sahabat untuk membincangkan cara mengingatkan umat Islam mengenai masuk waktu solat dan mengajak mereka ke masjid menunaikan solat berjemaah. 

Dalam perbincangan itu, ada mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ditiupkan serunai atau terompet, dibunyikan loceng dan dinyalakan api di atas bukit. Namun, semua usul itu ditolak Nabi Muhammad SAW kerana sama dengan amalan agama lain seperti Nasrani (Kristian) dan Yahudi. Kemudian Saidina Umar mencadangkan supaya dilaungkan ayat ‘telah datang waktu solat’ dan cadangan itu diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada ‘marilah solat berjemaah’. 


Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid dan Umar bin al-Khattab sama-sama bermimpi, mengenai cara lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan ‘azan’ seperti yang ada pada hari ini. Apabila mimpi sahabat disampaikan kepada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: “Mimpi itu mimpi yang benar.” Lalu Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan pada setiap kali masuk waktu solat. 

Untuk solat Jumaat, dua kali azan iaitu pertama menandakan masuk waktu Zuhur memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum imam memulakan khutbah Jumaat. Manakala azan Subuh semasa zaman Rasulullah SAW dikumandangkan sebanyak dua kali seperti dilakukan di Masjidilharam. 

Pertama, selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu umat Islam waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz ‘solat itu lebih baik daripada tidur’. Azan juga sunat dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir. 

Dalil mensyariatkan seruan azan ialah firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...” (Surah al-Ma’idah, ayat 58). Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Keajaiban syiar Islam dalam azan ini terbukti apabila azan akan berkumandang di setiap minit selama 24 jam sehari di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat. Ribuan bilal akan melaungkan azan Subuh seawal 5.30 pagi, bermula di bahagian timur Indonesia dan bergerak ke barat kepulauan Indonesia. 

Belum pun laungan azan itu selesai di seluruh Indonesia, azan akan bergema pula di Malaysia, kemudian disambut di Thailand, Myanmar, China dan seterusnya. Azan akan terus bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India. Sebelum berakhir di Pakistan, laungan azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman, kemudian di Emiriah Arab Bersatu, di tanah suci Makkah, Madinah dan negara lain. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah. 

Sebelum azan subuh bergema di situ, azan Zuhur sudah berkumandang di Indonesia semula dan begitulah seterusnya laungan azan akan bersahut-sahutan di serata pelusuk dunia melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad SAW setiap detik, sepanjang waktu. Semoga selepas ini tidak ada lagi pihak mempertikaikan amalan agama masyarakat di negara ini. Janganlah menghuru-harakan keadaan masyarakat yang hidup dalam rukun dan damai. Walaupun permohonan maaf dibuat, namun hakikatnya ada yang tersinggung dengan tindakan itu. 

Perbuatan menghina amalan agama sesuatu masyarakat tidak sepatutnya berlaku kerana kita hidup dalam masyarakat majmuk, berbilang bangsa, agama dan kepercayaan. Cuba bayangkan jika umat Islam mempertikai amalan upacara keagamaan lain seperti amalan membunyikan loceng di kuil pada waktu Maghrib atau membakar colok di tokong yang mengeluarkan asap serta bau tidak menyenangkan, sudah tentu penganut agama itu akan marah. 

Hakikat agama Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain bebas untuk dianuti seperti termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan perlu difahami dan dihormati masyarakat bukan Islam. 

Agama Islam yang diletakkan di bahagian awal dalam Perlembagaan membawa makna yang besar dari segi peranan, kedudukan dan keutamaannya. Mempersoalkan kesucian Islam ibarat menghina pelindung kepada kesucian agama Islam di negara ini iaitu Yang di Pertuan Agong. 



AnakIbu: saya membesar di felda yang semuanya melayu..saya belajar di sekolah yang semuanya melayu..sehinggalah masuk ke universiti yang semuanya melayu dan bumiputera Malaysia, saya melangkah ke alam pekerjaan yang majoritinya cina..saya mula mempunyai kawan berbangsa india..tetapi saya tidak merasakan budaya saya di besarkan sebagai semuanya melayu menghalang saya untuk tidak menghormati bangsa dan agama orang lain..sebabnya saya benci orang yang tidak tahu menghormati orang lain..rukun damai yang utama dari bersikap negatif sepanjang masa..syukur nikmat Allah...Alhamdulillah..

Poyo Giler aku rasa...

| Monday, January 17, 2011 | 0 comments |
pagi-pagi masuk opis aku dah macam pempuan mengandung..loya-loya tekak aku ni di buat oleh bau-bau yang tidak menyenangkan...first sekali bau ubat nyamuk yang melekat di baju...selama ni aku tak pernah bau ubat nyamuk di baju aku..hari ini aku rasa kuat sangat bau dia...adeh ngerinya...

lepas tu di tambah plak dengan bau loji najis belakang opis yang tersumbat dan melimpah..sesekali angin bayu pagi yang segar bertiup di cemari oleh bauan yang sangat memeningkan kepala..rupanya baru aku sedar bahawa selama ini deria bau aku di cemari oleh asap rokok sehingga aku tidak sensitif kepada bau-bau yang lain..patutlah orang kata bau asap rokok tu busuk...sebelum ni aku tak pernah tahu asap rokok tu busuk sehinggalah selama dua hari aku berkurung di rumah tanpa bau asap rokok dan hari ni aku terbau..memang busuk dan memeningkan..

ini semua membuatkan aku rasa poyonyeeeeee diri aku ni...hurm..sekarang aku lebih memahami kenapa orang tak suka orang yang merokok..apapun aku nak minta maaf kepada sesiapa yang pernah terasa gara-gara sikap aku merokok, maklumlah...aku ni merokok since kecik..so aku tak pernah tahu pun perasaan orang tidak merokok macam mana, so walaupun hari ini masuk hari ke 3 aku tidak merokok aku mula merasa kesannya,

 apapun aku masih struggle untuk menahan ketagih apatah lagi hari ini aku masuk opis dengan persembahan penuh keceriaan dek uncle opis aku yang merokok, so aku harap aku dapat bertahan dan tidak sekali pun aku terpengaruh dengan smoke effect yang di tunjukkan di sana-sini...apapun dalam hati aku ni tak abis-abis aku berkata..aku dah tak merokok!!..aku dah tak merokok!!..aku tak akan merokok!!...apapun Ya Allah kepada Kau sahajalah aku berharap...Amin...

Selalu ku terniat..

| Saturday, January 15, 2011 | 0 comments |
perkara ni dah lama sangat aku nak buat..tapi selama ni aku pasang niat je...tp xde usaha sb..aku ni jenis kalau nak buat sesuatu mesti dr hati..x nak jus rasa-rasa nak buat...sb kalau aku rasa-rasa nak buat kompem x kan menjadi..tapi kalau aku ambil langkah drastik..kompem aku akn buat..sama la perihal nya salah satu tabiat buruk yang aku nak sangat berhenti ni...walalupun di saat aku menulis blog ini masih awal lagi utk memperkatakan keputusan nya..tapi aku harap aku berjaya..dan ini adalah kali pertamanya aku mencuba setelah sekian lamanya aku terniat..lama dah tgk iklan kat tv mengenai niquitin lozenge ni...setiap kali tgk iklan psl ni atau psl berhenti merokok..setiap kali tu jga aku terasa nak merokok..

so aku pikir..bila lah aku nak benti isap rokok..dah la rokok mahal skg..walaupun mampu tapi aku rasa mcm terseksa plak di belenggu ketagih merokok ni...jeles aku tgk kwn2 yang tak merokok...tapi nak wat cmne...aku ni berjinak-jinak menghisap rokok since umo 10..sama dgn abg-abg aku setelah baper kali curi rokok bapa aku...akhirnya kengkawan pun ramai yg suka cuba-cuba isap rokok..last2 jadi la satu budaya utk menghisap rokok bsama kawan-kawan ku..pernah sekali masa darjah 5 aku kantoi isap rokok oleh cikgu ku..apa lagi kena panggil la di perhimpunan dan di sebat di hadapan murid2 oleh guru besar..

x cukup dgn tu..cikgu kelas aku plak panggil lg dlm kelas..dan mengatakan bhawa aku budak nakal krn menghisap rokok..depan bdk2 kelas plak aku di sebat..dengan tujuan nak memberi pengajaran pd budak2 lain..n kompem la berita ni samapai ke telinga org tua aku...first sekali mak aku...dia membebel mcm nak kiamat dunia masa tu...ayah aku plak yg jd mangsa bebel mak aku sb beri bad influence coz merokok...ayah aku punya la tensen agaknya dgr mak aku mmbebel n dia pun dipersalahkan dan akhirnya aku pun d sebat oleh bapak aku...msa tu aku pling marah kat jiran aku seorg pempuan yg bocorkan rahsia kat cikgu sekolah sb dia tau aku n adik dia selalu curi2 isp rokok kat belakang rumah..rasa nak pukul je bdk tu masa tu..eheheh...biasala budak2 kan...

tapi perisiwa tu x membuat pun aku berhenti isap rokok...selang bape ari aku dh merokok balik ngan kawan2...tapi dgn tahap security yang tinggi..ye la supaya tak kantoi..so msa form 1 aku baru menghisap rokok dgn cara yg betul...br kawan2 bgtau mcm mana nak belajar sedut semua...zman sekolah nk beli rokok x mampu sgt..jd duit belanja sekolah yg seringgit sehari tu la wat beli rokok sebtg dua...maklumla di kg masa tu semua kedai ad jual rokok batang...makcik yg jual tu pun mcm x rsa besalah..selamba je jual kt bdk sekolah..senang la nak dapat..

ad jga kdai2 yg tauke dia tak bg bdk2 beli rokok..zaman remaja x pnah pk walaupun beribu org dok menasihat supaya benti isap rokok..masa tu pd aku dan kengkawan..org yg tak merokok adalah budak baik..takut mak bapa..lembik..so kitaorg bangga la sb merokok..pdhal sma je...penakut jga sb menyorok2 isap rokok...skg ni umo aku dah 28 tahun...masih lg struggle nak berhenti rokok..ad jga kawan2 bertanya kenapa nak berhenti merokok?azam baru ke...susah aku nak jawab rasanya..tp apa yang aku tahu aku rasa terbeban dgn merokok..duit byk abis...

aku benci bila keadaan aku terlupa beli rokok dan kesangapan dek tiada rokok membuat aku jadi gila...serabut dan rasa nak marah2 je...lagipun aku x pernah rasa macam mana hidup kalau tak merokok..so skg ni Allah dah buka ati aku nak berhenti merokok dan Allah dah bg masa utk aku mencuba berhenti..skg ni terpulang pada hati aku samaada kuat utk bertahan atau tidak..apa-apa pun..aku harap aku akan dapat berhenti merokok selepas ni...sekarang ni dah 24 jam x isap rokok..aq berkurung kat rumah cuti ni supaya aku tak nampak org isap rokok..n aku berharap dua hari di rumah ni akan buat aku lebih tabah menghadapi org2 yg merokok kat opis tu nanti ari isnin ni...ChoW!!

Fahami mereka..dan Jgn Buang Bayi..

| Wednesday, January 12, 2011 | 0 comments |
Sekarang ni aq tgk mcm taboo plak bila sesuatu isu sering di perkatakan..bila media siarkan sesuatu isu mesti selang berapa hari atau bulan ada je isu yang sama berulang..sebagai contoh isu kemalangan bas..dalam sebulan dua tu kita akn dengar 2-3 kali ada je bas terpeleot disiarkan dlm media..begitu juga sekarang..pasal isu buang bayi..selang beberapa hari ada lagi penemuan mayat-mayat bayi..

orang kata..setiap kata-kata itu satu doa..betul ke?adakah sebab banyak orang dok perkatakan selagi itu ianya tak reda  dan selagi tu ada je perkara-perkara yang di sebutkan itu berlaku..hurm..entahlah..apapun apa yang aku tgk.dan aku kesal..banyak orang yang suka mengutuk dan mengeji...bukan lah kita hendak menyokong orang-orang yang melakukan dosa-dosa tu..tapi salahkah kalau kita doakan yang baik-baik dari melepaskan marah dan geram dengan kata-kata kesat?

bukan apa..zaman sekarang ni aku rasa Allah bayar cash..kalau hari ni kita dok kata orang esok lusa kena kat batang hidung sendiri macammana?..banyak dah berlaku..jadi aku selalu duk igtkan hati ni janganlah kata yang bukan-bukan..kalau ada mungkin separa sedar dan aku mengaku salah..(x moh wat ag..)cerita pasal buang bayi ni..aku nk citer kesah lama..dulu masa zaman jahil la kan..aq banyak gak kengkawan yang mengamalkan hidup bebas .bak kata dunia tanpa sempadan ni..semua kasi redah je...so bukan sekali dua..rasanya adalah lebih 10 org yang aku kenal telah mengandungkan awek dia...ada yang berakhir dengan penikahan dan tak kurang juga yang mengakhiri dengan penguguran..

tapi setakat ni tak pernah lagi la ada kawan aku dulu yang buang bayi..mungkin kitaorg semangat kawan-kawan tu kuat jadi walaupun jahat kitaorg akn cuba nasihat yang terbaek untuk kawan kitaorg..buang bayi tu belum pernah terlintas la..paling kuat diaorg bagi kat org lain je..tapi kalau tgk betul2 selalunya budak2 yang sosial terlebih dan berasal dari keluarga yang x berapa nak alim ni..diaorg jarang ar wat perkara buang2 bayi ni...mungkin sb jalan penyelesaian dan penerimaan keluarga tu lebih mudah..memangla malu tetapi perkara dah terjadi..

yang selalu melibatkan kes buang bayi ni..bila dari keluarga yang baik-baik atau perempuan yang baik-baik..yang orang tengok tak sangka dia akan membiarkan dirinya di sentuh lelaki..mungkin tak semua..tapi ni pandangan aku la..aku pun bukan sempurna cuma dari pengalaman hidup aku sebelum ni..apapun remaja bermasalah ni diaorg tak tahu macam mana nak express masalah diaorg..dan ramai org dewasa sekarang ni yang bersifat lebih kepada menghukum dari membantu menyelesaikan masalah...





apapun aku berharap isu pembuangan bayi ni tak lah terlalu menjadi-jadi selepas ini..kesian bayi yang tak berdosa..fikirlah ramai org yang kawin secara halal masih tak di kurniakan anak..hurm..wallahualam..sekadar bercerita di pagi hari...anyway aku tak sanggup nak letak gambar-gambar sex bebas atau gamabr bayi yang di buang...x tertahan melihat..jadi aku letak gambar si pemalas!!..ahahahah

Perjalanan ini..

| | 0 comments |
Perjalanan ini terkadang memeritkan...terkadang hanya ingin bersendiri..merasa nikmat bahagia dan derita sendiri..tetapi angin ini tidak bertiup di satu tempat..terasa mahu jauh pergi tinggalkan tanggungjawab ini..terasa mahu lari melepaskan amanah di beri..dulu amanah dan tanggungjawab ini boleh di alpa..tetapi perjalanan ini..membuka mata bahawa hidup ini bukan seperti apa yang dipinta ..bahu menggalas dengan berkat usaha..masa tidak menunggu kita..betapa kejamnya dunia melontari saki baki kehidupan yang perlu di terjah...andai berlari tanpa pegangan..tanpa landasan..kita menerawang ke segenap dunia..yang akhirnya kita hilang di telan usia..usia yang sia-sia..namun jika pegangan itu kita percaya maka cahaya kebenaran akan terbit jua..hati ini mencari nur nya..mencari kebenaran menuju ke puncak bahagia..berharap kukuhnya intan permata sekukuhnya jiwa yang Kau telah cipta..

Menyingkap tabir semalam..

| Tuesday, January 11, 2011 | 0 comments |
Biarlah ia berbicara..

 tirai terbuka 2011 ini..

menyandang tanggungjawab untuk menjadi insan berguna..

demi meringankan beban keluarga.

bagi membantu ayahanda tercinta. 

dan terus berkerja..

tanpa mengira usia..

demi agama , bangsa dan negara..

harus berani melangkah diri.
Untuk masa depan yang lebih di redhai..
agar masa depan ku nanti..

menjadi contoh insan berbudi..