Etika Pengurusan Pejabat Style Jepun...Terbaeeeeek wok!!!

| Wednesday, March 2, 2011 | |
Apa itu 5 S?

SEIRI
SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan
di tempat kerja dan membuangkannya

SEITON
SUSUN

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur
supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO
SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada
habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU
SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan
tempat kerja yang tinggi pada setiap masa


SHITSUKE
SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan
kebersihan yang baik dengan sendirinya



BAGAIMANA MELAKSANAKAN
SISIH
Benda ni nampak je macam memeningkan kepala tapi hakikatnya ianya adalah untuk mendisiplinkan diri kita supaya sentiasa bersistem dan menjaga kebersihan. Sisih ni ialah dengan cara mengasingkan bahan yang di perlukan atau tidak di perlukan. Barang yang di perlukan kita kena nilai sama ada ianya selalu di gunakan, kadang-kadang ataupun jarang-jarang di gunakan. So barang ini hendaklah di simpan mengikut nilai penggunaannya. Manakala Barang yang tidak di perlukan pula seperti barang yang tiada nilai dan senang di buang, barang yang boleh di jual/pakai dan tidak di gunakan lagi atau barang yang tiada nilai tetapi memerlukan kos untuk di lupuskan. Jadi barang yang tidak di perlukan ini perlulah di gred kan sama ada perlu di buang serta merta (jika ianya melibatkan isu keselamatan) atau di beri notis dalam masa 7 hari hingga ke 90 hari bergantung sejauhmana barang tersebut boleh di lupuskan secepat yang mungkin. Pengredan ini hendaklah di lakukan dengan sistem 'Red Tag' atau notis mudah yang di lekatkan di barang tersebut yang mengandungi siapa pemeriksa dan penilai, tindakan yang patut di ambil dan juga nilai serta tahap gred keperluan untuk seberapa mungkin di lupuskan serta tindakan untuk mengurangkan kos atau jalan yang paling selamat dan mudah.

LANGKAH-LANGKAH YANG
HARUS DIAMBIL UNTUK
SEIRI

Gunakan Kad Notis Pembuangan
Pertama sekali, kenalpasti barang-barang yang kelihatan tidakKemudian tampalkan Kad Notis Pembuangan (Disposal Notice Card) (Red Tag)

Di penghujung masa yang ditetapkan (misalnya 1 atau 2 bulan
selepas penampalan notis itu), kad tersebut diteliti semula untuk
melihat samada sesiapa yang mempunyai keperluan untuk
menyimpan barangan tersebut.

Adalah disarankan agar pendekatan ini digunakan secara meluas
di sesuatu jabatan itu dan melibatkan semua kakitangan di setiap
peringkat.


BAGAIMANA SUSUN DI TEMPAT 
KERJA ANDA?

Susun pula ialah melibatkan barang yang di perlukan dan mengikut nilai seberapa kerap ia di gunakan. Jika barang yang selalu di gunakan hendaklah di susun di tempat yang senang di ambil dan senang di simpan kembali. Begitu juga barang yang kadangkala di gunakan atau barang yang tidak di gunakan tetapi mesti di simpan. Barang-barang sebegini mestilah di simpan di dalam stor dengan tag pengenalan yang jelas.

Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.Semua tempat dokumen atau barang diberi label.Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

BAGAIMANA SAPU DI TEMPAT 
KERJA ANDA?

Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan. Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan.Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan.Buat dengan kerjasama semua kakitangan.Jadi organise jadual bertugas pembersihan setiap hari dan semua orang terlibat supaya masing-masing sedar bahawa menjaga kebersihan itu adalah tanggungjawab bersama.

BAGAIMANA SERAGAM DI TEMPAT 
KERJA ANDA?
 

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.

BAGAIMANA SENTIASA AMAL DI TEMPAT 
KERJA ANDA?

Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati. Jadi sentiasalah amalkan apa yang baik buat kita. Dan apabila proses ini sentiasa di kitar semula pelbagai faedah yang dapat kita perolehi dari nya.

Mengapa Perlu 5S?

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.

Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.



Objektif Utama Program 5S

 Membina budaya Kaizen di tempat kerja

 Membina kerjasama melalui penyertaan semua

 Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia

 Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju
Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:

Pendekatan Kaizen
Pendekatan Inovasi
Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya : 

Mengamalkan budaya kerja 5S

Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S

Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S

Meluangkan masa untuk 5S
Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa

Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan

 


0 comments:

Post a Comment